Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Tarikh 7 Mei 2011 akan sentiasa diingat oleh warga Singapura sebagai titik perubahan kepada politik Singapura.

Keputusan yang menunjukkan menurunnya sokongan parti pemerintah, Parti Tindakan Rakyat (PAP) yang memerintah Singapura sejak tahun 1959 sudah tentu memberikan isyarat yang penting bahawa rakyat mahukan perubahan.

Walaupun PAP hanya kehilangan enam kerusi daripada keseluruhan 87 kerusi parlimen, namum sokongan terhadapnya menurun sebanyak 6.36 peratus berbanding dengan pilihan raya pada tahun 2006.

PAP mendapat 60.14 peratus undi, bermakna hampir 40 peratuspengundi di Singapura menolak pemerintah sedia ada.

Bukan itu sahaja, PAP juga kehilangan Kawasan Perwakilan Berkumpulan (GRC) Aljunied kepada Parti Buruh Singapura, menjadikan kali pertama Kawasan itu

dimenangi parti pembangkang.

Workers' Party candidate Chen Show Mao victory in singapore 1 Termasuk juga Kawasan Ahli Tunggal (SMC) Hougang, Parti Buruh mendapat enam kerusi parlimen -- keputusan parlimen terbaik buat parti pembangkang sejak kemerdekaan.

Keputusan ini, sudah tentu dilihat sebagai ‘wake up call’ kepada Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong yang tidak boleh memandang ringan terhadap tuntutan perubahan yang rakyat Singapura mahukan.

Sebab itu, dalam ucapan awalnya selepas keputusan pilihan raya diumumkan, perdana menteri Singapura menyatakan bahawa penumpuan pemerintah adalah untuk meningkatkan taraf hidup rakyat. Ini kerana ramai pengundi berharap kerajaan menyusun semula dasar agar sesuai dengan iklim politik yang baru.

Berlandaskan pluraliti

Hsien Loong juga menyedari bahawa pilihan raya kali ini membolehkan bidang politik di Singapura memasuki era baru dan daya saing mekanisme politiknya lebih tinggi. Baki enam kerusi yang tidak berjaya dimenangi oleh PAP telah berjaya ditakluki oleh Parti Pekerja.

nicole seah singapore solidarity party with voters 1 Seperti mana yang kita ketahui, Singapura asalnya bersama Malaysia apabila pada 16 September 1963, British bersetuju untuk menyerahkan Singapura, Sabah, dan Sarawak untuk bergabung dengan Tanah Melayu supaya Persekutuan Malaysia dapat dibentuk.

Namun hubungan Singapura dengan Malaysia tidak lama apabila pada 6 Ogos 1965 Singapura telah keluar daripada Malaysia.

Hari ini, Singapura sebuah negara republik berparlimen yang mengamalkan parlimen ekadewan berlandaskan sistem Westminster, yang mewakili pelbagai kawasan pemilihan.

Singapore Workers Party candidate for Aljunied GRC, Chen Show Mao 1 Perlembagaan Singapura menetapkan demokrasi berperwakilan sebagai sistem politik negara. Parti Tindakan Rakyat atau PAP berjaya menguasai parlimen di setiap pilihan raya sejak negara mula memerintah sendiri pada tahun 1959.

Pilihan raya parlimen di Singapura berlandaskan pluraliti untuk kawasan pemilihan perwakilan berkumpulan sejak pindaan Akta Pilihan Raya Parlimen pada tahun 1991.

Ahli-ahli parlimen (MP) terdiri daripada ahli-ahli yang terpilih, tanpa kawasan undi dan dicalon. Majoriti MP ini dipilih menerusi pilihan raya umum berasaskan sistem pemenang undi terbanyak, dan mewakili SMC atau GRC.

Satu kebetulan?

Rakyat menuntut perubahan di Singapura dan ini menjadi persoalan yang cukup penting untuk kita sebagai rakyat Malaysia membuat penilaian dan ukuran:

  1. Singapura terkenal sebagai sebuah negara yang maju,
  2. Singapura ialah pusat kewangan keempat terunggul di dunia,
  3. Singapura adalah sebuah Bandaraya global metropolitan yang memainkan peranan penting dalam perdagangan dan kewangan antarabangsa,
  4. Singapura mempunyai pelabuhan yang dikatakan kelima tersibuk di dunia,
  5. Economist Intelligence Unit meletakkan Singapura sebagai negara yang mempunyai kualiti hidup terbaik di Asia dan kesebelas terbaik di seluruh dunia dalam senarai "Quality-Of-Life Index".
  6. Singapura memiliki rizab pertukaran asing kesembilan terbesar di dunia.
  7. Badan Ketelusan Antarabangsa (Transparency International atau TI) pula mengiktiraf Singapura sebagai negeri yang hampir-hampir bebas rasuah dengan indeks 9.3 pada tahun 2010 berkongsi tempat pertama dengan Denmark dan New Zealand; sedangkan Malaysia berada d kedudukan ke-56 dengan indeks 4.4.

Jika kita menilai dan menghayati pencapaian Singapura ini maka sudah tentu rakyat akan memberikan sokongan padu kepada PAP. Namun ia tidak seperti yang dijangkakan.

Persoalannya, apakah kemerosotan PAP di Singapura satu kebetulan?

NONE Menteri Mentor, Lee Kuan Yew ( kiri ) -- yang menang tanpa bertanding dalam pilihan raya Singapura -- baru-baru menghasilkan sebuah buku yang bertajuk “Lee Kuan Yew: Hard Truths To Keep Singapore Going”.

Beliau meramalkan PAP akan jatuh sekiranya mutu parti menurun ataupun pembangkang menjadi lebih baik.

Beliau mengambil contoh Parti Liberal Demokratik di Jepun yang bermula lebih awal daripada PAP tetapi ditumbangkan kerana kerana meneruskan

idea-idea lama yang sudah tidak dapat diterima oleh rakyat Jepun ketika ini.

Selamat tinggal, PAP

Beliau juga mengingatkan bahawa tidak ada sistem yang dapat terus bertahan dalam sesuatu pemerintahan. Ia telah terkesan di Jepun dan ketika ini dilihat memberikan kesan kepada pilihan raya Singapura.

NONE Mungkin, disebabkan pandangannya itulah maka beliau tidak melahirkan rasa terkejut apabila rakyat Singapura mahukan perubahan.

Keberanian, kesungguhan dan keyakinan rakyat Singapura untuk melakukan perubahan susah tentu memberikan kesan kepada Malaysia secara tidak langsung.

PAP yang dilihat sebagai sebuah parti yang ‘kebal’ dan bersifat autokratik dalam pemerintahannya semakin ditolak oleh rakyat sehingga hampir 40 peratus rakyat Singapura tidak memberikan undi kepada PAP dalam pilihan raya baru-baru ini.

Seperti yang saya nyatakan tadi, Singapura sebuah negara yang maju, mempunyai kualiti hidup yang baik dan hampir-hampir tiada rasuah dalam pentadbiran kerajaan. Namun, di sebalik itu rakyat masih merasakan bahawa PAP perlu diturunkan daripada takhta kerana tempoh pemerintahannya cukup lama.

Dan perlu ada pemerintah yang menerajui kerajaan.Selepas pakatan pembangkang berjaya ‘mencuri’ hampir 40 peratus undi, tidak mustahil pilihan raya yang akan datang PAP terpaksa mengucapkan ‘selamat tinggal’ kepada kerusi-kerusi empuk yang dikuasai sejak tahun 1965.

Kata-kata menarik dikeluarkan oleh Ketua Setiausaha Parti Pekerja bahawa republik Singapura merupakan rumah kepada rakyat. Rakyat Singapura memerlukan kerajaan yang lebih demokratik, mantap, bertanggungjawab, inklusif dan telus.

Tidak disenangi Umno, BN

Saya percaya, ia petanda positif kepada pakatan pembangkang di Malaysia. Kesan perubahan politik di Singapura telah dikongsi oleh pemimpin BN di Johor, seperti yang disiarkan oleh Sinar Harian Edisi Johor.

NONE ADUN Johor Jaya, Tan Cher Puk ( kanan ) menyatakan bahawa mungkin menjadi aliran sekarang ini, rata-rata penduduk seluruh dunia mahukan demokrasi yang lebih adil dan bebas dan rakyat Singapura juga terlepas dari bahang yang melanda ini.

Beliau juga menyebut bahawa PAP terpaksa akur dengan perubahan dan kehendak dunia yang mempamerkan pendekatan lebih demokratik dan lebih telus berbanding sebelum ini.

ADUN Sedili, Rasman Ithnain percaya bahawa cabaran politik sebegini berlaku di seluruh dunia, bukan sahaja di Singapura. Beliau mengingatkan pemimpin Singapura bahawa lambat atau cepat peralihan kuasa tetap akan berlaku, cuma masa yang akan menentukan.

Kenyataan kedua-dua ADUN ini saya percaya sebenarnya memberikan gambaran bahawa perubahan kepada kerajaan adalah sesuatu yang lumrah. Walaupun ia ditujukan kepada Singapura, tetapi secara tidak langsung merujuk kepada pemerintah di Malaysia.

Sebab itu, saya percaya bahawa kesan perubahan rakyat di Singapura tidak begitu disenangi oleh pemimpin Umno dan BN yang secara tidak langsung terkesan dengan perubahan ini. Perubahan di Singapura tidak jauh bezanya dengan kehendak rakyat di Johor yang berjiran dengan Singapura.

azlan BN kehilangan enam kerusi DUN di Johor manakala PAP kehilangan enam kerus parlimen di Singapura. Di Sarawak, BN kehilangan 16 kerusi DUN dan ia rekod terbaik pakatan pembangkang di Sarawak sejak tertubuhnya Malaysia.

Jika perkembangan politik di Singapura dan di Sarawak di ambil kira, maka saya percaya pilihan raya umum ke-13 yang akan berlangsung di Malaysia tidak lama lagi juga bakal memberikan keputusan luar biasa.

Oleh itu, kerja kuat daripada semua pihak perlu dilipatgandakan dengan kadar yang lebih luar biasa. Lebih-lebih lagi, Datuk Seri Najib Razak telah berikrar bahawa mereka akan mempertahankan Putrajaya dengan apa saja cara sekalipun.


Khairul Faizi Ahmad Kamil merupakan setiausaha Dewan Pemuda PAS. Artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya melambangkan pendirian Malaysiakini.

ADS