BERITA

Perang Salib: Pemimpin gereja mahu tindakan

Aidila Razak

Diterbitkan
Dikemaskini 16 Mei 2011, 10:09 pagi

Pemimpin masyarakat Kristian hari ini memilih untuk tidak membidas ahli parlimen Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali yang didakwa menyemaikan benih kebencian agama di kalangan masyarakat majmuk negara ini.

Sebalik mereka mendesak pihak berkuasa segera bertindak kerana kegagalan berbuat demikian akan membawa padah kepada keharmonian negara.

ibrahim ali perkasa ceramah in gombak 2 Ibrahim ( kiri ) yang juga presiden kumpulan pendesak Melayu PERKASA, pada Sabtu lalu berkata beliau bersedia melancarkan perang salib terhadap orang Kristian jika mereka didakwa terus mencabar kedudukan Islam di negara ini.

“Kenyataannya yang tersirat itu boleh menghancurkan keharmonian dan menimbulkan rasa benci ke atas masyarakat Kristian tanpa sebarang asas.

“Gereja tidak rasa tidak selamat kerana keselamatan kita adalah berdasarkan hubungan dengan Tuhan, tetapi kerajaan mesti bertindak bagi menjamin ketenteraman awam,” kata presiden Majlis Gereja Sabah biskop Albert Voon.

Sikap membisu

Katanya, kenyataan Ibrahim itu tidak wajar kerana ia hanya berasaskan laporan Utusan Malaysia yang mendedahkan kononnya paderi Kristian berkonspirasi bagi menjadikan Kristian agama rasmi persekutuan.

“Apabila gereja kami dibakar, adakah awak melihat masyarakat Kristian bertindak balas dengan berang?...

“(Polis kata) mereka masih menyiasat (dakwaan konspirasi Kristian)…tetapi bayangkan jika ada seorang biskop yang menggunakan istilah Perang Salib - dia akan (ditangkap) di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri pada keesokannya harinya.”

NONE Dengan nada yang sama, presiden Majlis Gereja-gereja Reverend Thomas Philips berkata adalah penting bagi pemimpin kerajaan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung kata-kata melampau berkenaan.

“Dengan semua kenyataan itu, siapa yang akan bercakap bagi pihak yang diserang itu? Sikap membisu pemimpin negara yang gagal mempertahankan hak minoriti menimbulkan kecurigaan di kalangan mereka. Seseorang meniupkan sentimen agama akan membangkitkan kemarahan ramai orang,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, terdapat pelbagai peruntukkan dan undang-undang di negara ini bagi menangani mereka yang cuba menyebabkan huru-hara di negara ini.

Semalam, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein ketika mengulas isu berkenaan berkata kenyataan Ibrahim tidak mewakili majoriti orang Melayu-Islam. Namun beliau tidak mahu melabelkan Ibrahim sebagai seorang ektremis.

[Baca berita penuh]

Mulai 15 Oktober 2020, Malaysiakini versi BM memperkenalkan sistem komen baru yang lebih baik.

Untuk berhubung secara telus dan bertanggungjawab dengan pengulas lain, pembaca BM kini perlu menjadi pelanggan berbayar. Anda dapat mengakses kandungan semua bahasa dan menulis komen di semua platform Malaysiakini.

Bersatu sokong media bebas.

Iklan