Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Seniwati Mahyon Ismail meninggal dunia
Diterbitkan:  May 21, 2011 9:42 AM
Dikemaskini: 9:55 AM

Dunia hiburan tanah air kehilangan seorang lagi seniwati veteran, kali ini Mahyon Ismail, yang meninggal dunia di Hospital Ampang Puteri dekat sini kira-kira 1 petang tadi selepas mengalami sesak nafas.

Allahyarham berusia 69 tahun.

Mahyon Ismail, popular malay actres Mahyon, atau nama sebenarnya Mayayun Ismail, dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi hospital berkenaan kira-kira pukul 11 malam.

Cucu Allahyarham, Natrah Yasmin, 27, berkata beliau tidak menyangka nenek yang dipanggil 'mak' itu akan meninggal dunia berdasarkan keadaannya yang sihat dan sentiasa ceria.

"Saya dengan mak semalam sempat lagi menghabiskan masa bersama bersiar-siar di pasar raya, dan beliau masih lagi ceria," katanya ketika ditemui Bernama di kediaman Allahyarham di Gombak Setia hari ini.

Beliau berkata bagaimanapun, Allahyarham mengadu sesak nafas kira-kira 10.30 malam dan terus dibawa ke hospital.    

    

"Semasa kami tiba, doktor mengesahkan kandungan gulanya tinggi dan terpaksa menahannya di ICU," katanya.

Mahyon Ismail, popular malay actres Natrah berkata selepas diberi ubat, keadaan neneknya pulih seketika sebelum koma, sehinggalah doktor mengesahkan Allahyarham meninggal dunia tengah hari tadi.

Allahyarham, yang merupakan balu pelakon veteran Hussein Abu Hassan, meninggalkan tiga anak serta empat cucu termasuk pelakon Faizal, penulis skrip drama iaitu Dilla dan penyanyi R&B Fairuz.

Jenazah Allahyarham dikebumikan di sebelah kubur suaminya di Tanah Perkuburan Taman Ibu Kota, Setapak hari ini selepas solat Asar.

- Bernama

ADS