Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Tuduh menuduh antara dua parti Melayu terbesar berhubung isu "pengkhianat Melayu" berterusan apabila kedua-dua pihak - PAS dan Umno - terus mengkritik satu sama lain.

Terbaru, sebagai menjawab dakwaan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dilaporkan mendakwa bahawa hanya Umno pembela Melayu, Ketua Penerangan PAS Idris Ahmad menyifatkan tindakan itu sebagai "strategi pencuri menjerit pencuri".

pas muktamar 130610 idris ahmad "Tuduhan DAP dan PKR mengkhianat Melayu sebagai strategi pencuri menjerit pencuri, (bertujuan) supaya orang Melayu emosi untuk terus menyokong Umno walaupun hakikatnya Umno menjaga Melayu seperti serigala menjaga kambing," katanya.

Pada 14 Mei lalu, Khairy dilaporkan berkata, sejak penubuhannya, Umno menjadi satu-satunya parti yang komited membela nasib bangsa selain sentiasa berusaha keras dalam menyatupadukan kaum Melayu.

Dalam kenyataan akhbarnya hari ini, Idris juga menyenaraikan kembali sepuluh sebab bagi membuktikan dakwaannya bahawa parti Umno gagal membela orang Melayu .

Umno antaranya, dakwa Idris, menggunakan konsep  “Umno Putera”, 'menafikan' royalti kepada rakyat Kelantan yang rata-rata Melayu dan 'menggadai' tanah rezab Melayu sehingga 1.3 juta hektar.  

Sementara itu, beliau juga menolak tuduhan yang mengatakan penubuhan PAS memecahbelahkan perpaduan Melayu sejak penubuhannya lama dahulu.

Sebaliknya, penubuhan Umno didakwa menyebabkan Melayu berpecah sebelum penubuhannya, sudah ada Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang ditubuhkan pada tahun 1945.

ADS