Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Untung luar biasa bagi saham Petronas Dagangan
Diterbitkan:  May 25, 2011 12:43 PM
Dikemaskini: 4:47 AM

Petronas Dagangan Bhd (PDB), yang mempunyai tunai bersih RM1 bilion sehingga akhir Mac 2011, dijangka terus bermurah hati memberikan pembayaran dividen bagi tahun kewangan akan datang.

HwangDBS Vickers Research berkata ia menganggarkan bayaran dividen itu kira-kira 70 peratus yang diterjemahkan kepada 61.5 sen dividen bersih sesaham (DPS).

klcc petronas tower Semalam, PDB mengisytiharkan DPS khas dan kasar terakhir 60 sen, yang merupakan lebih tinggi daripada jangkaan, kata syarikat penyelidikan itu di dalam satu kenyataan hari ini.    

Bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac, 2011, keuntungan pracukai syarikat itu melonjak RM1.21 bilion berbanding dengan RM1.05 bilion yang dicatatkan pada 2010.

Perolehan meningkat kepada RM23.27 bilion daripada RM20.69 bilion sebelum ini.

Dalam satu makluman kepada Bursa, PDB berkata ia menjangka keuntungann bagi tempoh kewangan semasa dicatatkan lebih rendah.

Ini adalah berikutan tempoh kewangan selama sembilan bulan, yang timbul dari perubahan tahun kewangannya yang berakhir 31 Mac sebelum ini hingga 31 Disember, mulai 2011.

Bagaimana pun, HwangDBS memberitahu Bernama bahawa 70 peratus pembayaran  dividen masih berdasarkan tahun kewangan berakhir 31 Mac, 2012.

Sehingga ini, HwangDBS menyarankan "pegang" bagi saham PDB dengan harga sasaran RM12.75.

Sehingga jam 11.33 pagi, harga saham PDB dicatatkan meningkat 40 sen kepada RM15.70.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS