Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Ketua BERSIH 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan mengemukakan saman ke atas Tan Sri Abdul Taib Mahmud bagi mencabar arahan ketua menteri itu untuk mengusirnya dari Sarawak semasa pilihan raya negeri yang lalu.

NONE Saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Isnin lalu dengan menamakan Taib, ketua pengarah Jabatan Imigresen dan pihak berkuasa yang relevan sebagai responden.

Ambiga, yang bekas pengerusi Majlis Peguam berkata tarikh perbicaraan akan diadakan pada Julai ini.

"Saya mohon mahkamah bagi mengketepikan arahan pengusiran kerana ia mencabul hak perlembagaan saya dan satu bentuk salah guna kuasa,” katanya.

Ambiga adalah aktivis keempat yang dilarang ke Sarawak semasa kepen 10 hari pilihan raya negeri April lalu. Sebelum itu, Steven Ng, Wong Chin Huat and Haris Ibrahim juga ditahan di Lapngan Terbang Antarabangsa Kuching dan dihantar pulang dengan penerbangan seterusnya ke Kuala Lumpur.

Mangsa terbaru yang mengalami nasib yang sama adalah penyelaras Rangkaian Pemantau Pilihan Raya Malaysia, Ong Boon Keong.

Beliau ditahan oleh pegawai Imigresen Kuching ketika melawat Bengoh pada Selasa lalu dan dihantar pulang ke Kuala Lumpur pada hari yang sama.

[Baca berita penuh]

ADS