Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Laporan siasatan sekumpulan paderi yang didakwa sedang berkonspirasi bagi menubuhkan sebuah negara Kristian dan menjadikannya sebagai agama rasmi persekutuan telah diserahkan  ke Bukit Aman.

penang crime police lim guan eng event pc 260908 ayub yaakob Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Ayub Yaakob berkata pihaknya sedang menungggu arahan dari Bukit Aman untuk tindakan selanjutnya.

“Pada tahap kami, kami dah hantar laporan ke Bukit Aman. Tunggu arahan... Kalau Bukit Aman rasa matlumat cukup, laporan akan dihantar ke AG (Peguam Negara),” katanya.

Bagaimanapun menurut Ayub polis masih menunggu lebih ramai saksi untuk tampil membantu siasatan yang dimulakan selepas akhbar milik Umno, Utusan Malaysia pada 7 Mei lalu mendedahkan kemungkinan sekumpulan paderi sedang berkonspirasi bagi menubuhkan negara Kristian pada tajuk utamanya.

Ditanya mengenai jumlah saksi yang telah disoal, Ayub berkata maklumat itu dan banyak lagi adalah sulit dan tidak boleh didedahkan buat masa ini.

utusan malaysia kritsian agama rasmi Bagaimanapun laporan media sebelum ini menyebut polis telah menyoal penulis blog -  Zakhir Mohamed yng menggunakan nama samaran Big Dog - yang pertama kali membuat pendedahan itu.

Turut disiasat adalah lapan paderi Kristian, ahli parlimen Jelutong MP Jeff Ooi, ahli majlis perbandaran Pulau Pinang Ong Ah Teong dan seorang anggota DAP Mohamed Razali Abdul Rahman, yang menghadiri majlis makan malam yang dianjurkan oleh kumpulan Kristian itu.

Di sebalik bidasan pelbagai pihak, Utusan Malaysia yang memetik sumber daripada penulis blog itu hanya ditegur dan tidak dikenakan sebarang tindakan.

Mengulas perkara itu, Ayub berkata beliau mahu kes ini diselesaikan secepat mungkin kerana ia telah menimbulkan kegusaran di seluruh negara dan dengan tidak kurang 20 laporan polis dibuat terhadap DAP dan paderi berkenaan.

NONE Ditanya mengenai ugutan presiden kumpulan pendesak Melayu, PERKASA Datuk Ibrahim Ali yang mahu melancarkan perang salib ke atas masyarakat Kristian, Ayub berkata polis tidak mahu isu ini diperpanjangkan.

“Kami hanya nak tahu perkara sebenar. Kami tak mahu perkara ini dipanjangkan. Bila dipanjangkan akan menjadi isu yang lebih besar, walau pun isunya mungkin peribadi.

“Inilah yang berlaku di media dan blog-blog,” katanya.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS