BERITA

Isu tugu: Pemuda PAS cabar kerajaan bertindak

Diterbitkan
Dikemaskini 7 Jun 2011, 10:06 pagi

Kerajaan persekutuan hari ini dicabar supaya bertindak terhadap patung-patung yang terdapat di seluruh negara berikutan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, baru-baru ini bahawa pembinaan tugu tidak diwujudkan kerana dikhuatiri mempunyai unsur-unsur pemujaan.

NONE “Saya mencabar Datuk Seri Jamil Khir Baharom bertindak terhadap Tugu Negara dan patung Tunku Abd Rahman dengan segera,” kata Ketua Pemuda PAS Johor, Suhaizan Kayat dalam satu kenyataan akhbar.

Jamil Khir dalam kenyataanya semalam berkata beliau bersependapat dengan mufti Perlis Dr Juanda Yahya yang tidak bersetuju dengan pembinaan tugu 1 Malaysia.

"Kita setuju apa pandangan yang diberikan oleh mufti (Perlis) supaya ada unsur-unsur pemujaan, supaya tidak kita wujudkan,” kata Jamil Khir.

Menurut Suhaizan, selain tugu 1Malaysia yang mula dibina di kebanyakan tempat di seluruh negara, tugu-tugu lain yang agak ketara yang dikhuari akan mempunyai unsur-unsur pemujaan adalah patung Tugu Negara dan patung perdana menteri pertama Tunku Abd Rahman Putra Al-Haj Perdana Menteri di bangunan Parlimen.

01 “Ini bersandarkan kepada firman Allah SWT dalam surah Al-Maidah ayat 90 yang menyatakan bahawa arak, judi, memuja berhala dan bertenung nasib adalah amalan syaitan dan mestilah dijauhi.

Menurut Suhaizan lagi, muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan yang bersidang pada 21 Sep 1995 lalu juga telah telah mengharamkan istiadat meletakkan kalungan bunga di Tugu Negara sempena Hari Pahlawan.

NONE Katanya, berdasarkan kepada muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis itu adalah jelas Tugu Negara boleh membawa kepada unsur syirik dan bercanggah dengan Islam.

“Oleh kerana Datuk Seri Jamil Khir adalah seorang individu yang berkuasa dalam negara dan boleh mencegah maka sudah sewajarnya beliau bertindak dengan segera.

“Saya mencabar Datuk Seri Jamil Khair Baharom bertindak terhadap Tugu Negara dan patung Tunku Abd Rahman dengan segera,” katanya.

Mulai 15 Oktober 2020, Malaysiakini versi BM memperkenalkan sistem komen baru yang lebih baik.

Untuk berhubung secara telus dan bertanggungjawab dengan pengulas lain, pembaca BM kini perlu menjadi pelanggan berbayar. Anda dapat mengakses kandungan semua bahasa dan menulis komen di semua platform Malaysiakini.

Bersatu sokong media bebas.