Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Najib hairan PAS baru terfikir negara kebajikan
Diterbitkan:  Jun 10, 2011 7:21 AM
Dikemaskini: 10:35 AM

Datuk Seri Najib Razak berkata, perjuangan menjurus kepada negara kebajikan "yang baru terfikir oleh PAS" sudah lama dilaksanakan oleh kerajaan BN.

umno 65th anniversary 110511 najib making doa Bernama memetik Perdana Menteri berkata, PAS sepatutnya tidak mengambil modal yang dilaksanakan BN untuk mewujudkan negara kebajikan kerana perkara itu sudah lama dilaksanakan oleh kerajaan.

Beliau berkata, penubuhan pelbagai agensi kerajaan seperti FELDA dan FELCRA sudah menepati ciri kebajikan yang semuanya sudah dinikmati oleh rakyat sejak sekian lama.    

"Saya pelik dan ajaib, ada yang mencanangkan negara kebajikan...mereka baru terfikir?" katanya ketika merasmikan Konvensyen Wasatiyyah Sempena Satu Milenium Islam Di Nusantara di Putrajaya hari ini.

azlan Baru-baru ini, PAS melaungkan untuk memperjuangkan negara kebajikan selepas sekian lama mendakwa parti itu berjuang untuk menubuhkan negara Islam.

Pada 3 Jun lalu, presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata partinya itu akan meneruskan gagasan negara berkebajikan yang disepakatinya bersama komponen Pakatan Rakyat kerana perkara yang lebih penting adalah pelaksanaan dan bukannya menumpukan jenama 'negara Islam' itu semata-mata.

NONE “Belum tiba masanya (tinggalkan usaha bentuk negara Islam). Apa yang penting adalah pelaksanaan. Kalau letak jenama saja tak laksana tak ada faedah. Kita mulakan dengan pelaksanaan negara berkebajikan, itu ada dalam Al-Quran, Dia tak sebut negara Islam, Dia sebut negara berkebajikan.

“Sebab itu kalangan DAP melihat sendiri kerjasama kita dengan mereka. DAP kata mereka minum arak, kita tak boleh larang dia. Kita bukan macam kalangan setengah (pemimpin) BN yang boleh minum arak sama,” kata Hadi.