Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Kerajaan persekutuan hari ini membentangkan Rang Undang-undang Bekalan Tambahan bagi memohon dana tambahan RM13 bilion untuk separuh masa pertama tahun ini.

dr awang adek hussin Timbalan Menteri Kewangan Datuk Awang Adek Hussin membentangkan rang undang-undang itu selepas sesi soalan dan memohon wang tambahan sebanyak RM13,186,713,000.

Sebelum ini, pada pembentangan Bajet 2011, perdana menteri yang juga menteri kewangan Datuk Seri Najib Razak tahun lalu telah memohon RM162,805,323,000.

Permohonan dana tambahan itu dibuat pada masa kerajaan pusat cuba mensasarkan pertumbuhan enam peratus tahun ini.

Namun pengurangan subsidi bagi gula, elektrik, gas asli dan diesel tahun ini menyebabkan tekanan inflasi dan ini membantutkan perbelanjaan.

Peruntukan tambahan itu menjadikan anggaran perbelanjaan bagi tahun ini bertambah kepada RM176 bilion.

Berdasarkan rang undang-undang itu, kerajaan memperuntukkan sejumlah RM6 bilion bagi Kementerian Kewangan, iaitu peruntukan tertinggi daripada keseluruhan peruntukan tambahan itu.

azlan Peruntukan bagi Kementerian Kewangan itu bertujuan menampung pembayaran tuntutan subsidi barangan petroleum untuk tahun ini (RM5.6 bilion), menampung pembayaran subsidi bagi pengecualian bil elektrik bulanan bagi penggunaan RM20 dan ke bawah (RM150 juta), menampung kos menjalankan program latihan kemahiran di seluruh negara (RM100 juta).

Menampung dana jaminan untuk pembeli rumah kali pertama di bawah Skim Rumah Pertamaku (RM100 juta) dan menampung kos program latihan dan kemahiran untuk Multimedia Development Corporation (MDeC) bagi melatih graduan dalam bidang ICT (RM50 juta).

Sejumlah RM1.5 bilion diperuntukkan kepada Kementerian Pelajaran manakala RM1 bilion diperuntukkan kepada Kementerian Kesihatan.

Selain itu, peruntukan tambahan sebanyak RM11.3 juta dikehendaki untuk membiayai kerja-kerja penyelenggaraan bangunan Parlimen.

[Baca berita penuh]

ADS