Amaran yang disuarakan presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali supaya masyarakat Cina menyediakan stok makanan bagi menghadapi perhimpunan BERSIH 2.0 merupakan kenyataan "perkauman, menghasut dan berbahaya," kata ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin.

Khairy juga berkata tindakan perlu dikenakan ke atas Ibrahim kerana amaran tersebut jelas merupakan satu ancaman kepada negara.

NONE Setidak-tidaknya, Ibrahim perlu disiasat di bawah Akta Hasutan 1949 kata Khairy lagi yang turut menyatakan bahawa amaran ahli parlimen Pasir Mas itu tidak mewakili pandangan daripada majoriti masyarakat Melayu.

Khairy berkata demikian ketika bercakap dalam satu sidang media di Parlimen hari ini apabila mengulas laporan memetik kenyataan Ibrahim Ali yang membayangkan bahawa keadaan huru-hara akan berlaku sekiranya perhimpunan BERSIH 2.0 tidak dihentikan.

Ibrahim dipetik sebagai berkata: "Tuan-tuan bayangkan perhimpunan BERSIH tidak dibatalkan, mereka teruskan juga, (mereka) tidak umum bahawa mereka akan batal pada 7 atau 8 Julai, saya percaya masyarakat Tiong Hua mungkin ramai-ramai, semua sekali, belilah bekalan makanan tambahan simpan di rumah.

"Apa sahaja boleh berlaku," katanya.

[Baca laporan penuh]

Nyatakan sokongan anda pada kewartawanan mapan

Berjuta-juta orang bergantung kepada Malaysiakini untuk melaporkan kebenaran. Berjuta-juta orang bergantung kepada Malaysiakini sebagai sumber kewartawanan berkualiti. Berjuta-juta orang bergantung kepada Malaysiakini untuk mempertahankan ketelusan dan keadilan.

Tanpa tauke untuk menentukan bentuk pemberitaan; bebas daripada pengaruh politik dan komersial, Malaysiakini hanya mempunyai satu sahaja bos - anda, rakyat.

Mengambil kesempatan ini, kami ingin mengucapkan terima kasih atas rasa cinta anda kepada tanah air serta kepercayaan yang diberikan untuk kami menggalas tugas ini - sebagai semak dan imbang kepada kekuasaan.

Kami bergantung kepada langganan anda untuk mempertahankan pendirian ini. Terima kasih.

Lagi berita dari pengarang :
Lagi berita seperti ini :
Paling Popular
Terkini