Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Bancian 'Star' - 99% sokong himpunan BERSIH
Diterbitkan:  Jun 21, 2011 3:45 PM
Dikemaskini: 10:23 AM

Sejumlah 99 peratus daripada lebih sejuta responden menyokong perhimpunan BERSIH pada 9 Julai ini  dalam bancian yang dijalankan oleh The Star Online .

Jumlah sebenar bilangan responden tidak dapat disahkan apabila portal berita berkenaan menghentikan banciannya kira-kira tengahari tadi.

NONE Menurut skrin yang dirakamkan oleh seorang pengguna Facebook, jumlah responden mencecah 1.3 juta pada jam 12.25 tengah hari berbanding 527,330 yang dicatatkan pada jam 6.11 pagi ini, yang dirakamkan menerusi laman Google Cache.

Soalan yang dikemukakan berbunyi 'Apa pandangan anda berhubung perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai?, 1,312,917 responden menjawap 'Ia sepatutnya dibenar diteruskan’ pada 12.25 tengahhari.

Manakala pilihan satu lagi - 'Ia harus dibatalkan’ - hanya dipilih oleh 14,222 responden.

[Baca berita penuh]

ADS