Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Pengurangan subsidi dan pengecutan pendapatan menjadikan warga kota semakin terhimpit dalam kehidupan seharian, lebih-lebih lagi apabila harga barangan pengguna terus meningkat.

NONE Bagi membantu mereka, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengilhamkan projek Kedai Rakyat 1Malaysia - di mana melaluinya 250 barangan generik akan dijual pada harga antara 30 hingga 50 peratus lebih rendah daripada harga pasaran barangan berjenama.

Najib dijadual melancarkan kedai pertama yang terletak di stesen LRT Kelana Jaya petang ini yang akan dikendalikan oleh Mydin Mohamed Holdings Bhd.

Ia berkonsepkan pasar mini yang menjual pelbagai barangan keperluan asas tanpa jenama, pada harga berpatutan berbanding banyak jenama lain yang terdapat dalam pasaran.

NONE Pengarah Urusan Mydin Holdings Ameer Ali Mydin pada taklimat media baru-baru ini berkata barangan generik itu akan diberikan jenama '1Malaysia'.

Beliau memberikan gambaran ringkas yang boleh dijangkakan oleh pembeli:

  • RM20.50 bagi pek biasa lampin pakai buang bayi (berjenama: RM40)
  • RM 2.99 bagi setin sardin 420g  (berjenama: RM6.10)
  • RM6.80 bagi sebotol kordial (berjenama: RM9.90)
  • RM2.05 bagi setin krimer (berjenama: RM2.80)
NONE Ameer berkata kekuatan Mydin terletak pada pembelian pukalnya dan disokong oleh kira-kira 500 pengusaha kecil dan sederhana yang membekalkan sebahagian daripada barangan generik itu.

“Kami lakukan ini atas dasar tanggungjawab sosial korporat bagi membantu rakyat. Saya jamin kerajaan tidak akan tanggung sebarang kos. Jika ada peluang, kami ingin kembangkan konsep ini ke tempat-tempat lain,” katanya.

[Baca berita penuh]

ADS