Lebih banyak percubaan ibu bapa untuk mendaftarkan anak mereka dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sebagai 'Anak Malaysia' telah ditolak.

 

NONE Kes terbaru membabitkan ADUN Komtar, Ng Wei Aik (kanan), yang mengalami nasib yang sama seperti rakan sejawatannya di Kuala Lumpur, Hannah Yeoh semalam, ketika beliau merdaftarkan kelahiran anak perempuan keduanya, Ng Caryn.

Caryn, dilahirkan pada 11 Jun, telah didaftarkan oleh ibu bapanya sebagai "Anak Malaysia" untuk bangsa dan "Belum Ada" untuk agama.

Tetapi apabila sijil kelahiran rasmi dikeluarkan kepada Ng, kedua-dua bahagian itu ditulis sebagai "Cina" untuk bangsa dan "Buddha" untuk agama.

Ng, yang juga setiausaha politik kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, "tergamam" kerana JPN, tanpa berunding atau mendapat persetujuannya, telah memilih bangsa dan agama anaknya.

Daripada menyalahkan pegawai berkenaan, Ng mensasarkan sistem JPN, dalam menyuarakan rasa tidak percayanya yang anaknya telah "ditentukan" sebagai penganut Buddha sedangkan beliau dengan jelas menyatakan bahawa anaknya belum ada agama.

Beliau juga kecewa bahawa Cina telah dipilih sebagai bangsa anaknya, dan bukannya Anak Malaysia.

"Mengapa dia (pegawai) perlu membuat keputusan ini untuk saya? Ini adalah satu perkara serius ... kenapa kita tidak boleh membuat pilihan untuk anak-anak kita sendiri, untuk mendaftarkan mereka sebagai Anak Malaysia tanpa agama lagi," katanya.

"Ini adalah semangat 1Malaysia dan harus digalakkan. Generasi akan datang kita seharusnya mempunyai kebebasan untuk menentukan bangsa dan agama mereka sendiri," katanya.

[Baca berita penuh]

Lagi berita dari pengarang :
Lagi berita seperti ini :
Paling Popular
Terkini