Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Sekumpulan Pemuda Umno malam tadi berkumpul di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya dan mengugut membakar bangunan seteru politik mereka itu.

NONE Dalam demonstrasi yang diadakan dalam keadaan hingar bingar, kira-kira 300 orang menurut anggaran PKR datang dengan bermotosikal dan menuntut PKR agar menarik balik sokongan mereka ke atas perhimpunan BERSIH 2.0 yang dijadualkan pada 9 Julai.

Setiausha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail yang bekejar ke ibu pejabat parti setelah dimaklumkan oleh ahli-ahli parti berkata beliau tiba pada jam 11 malam semalam dan memantau dari jarak jauh.

"Macam mana saya tahu mereka ahli Umno? Pertama, mereka bawa bendera Umno dan mereka memakai baju T mejah yang tertulis Patriot,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini .

“Saya juga nampak mereka (exco Pemuda Umno Lukman Adam dan bekas Wira PERKASA Arman Azha Abu Hanifah) mengetuai kumpulan itu,” katanya.Katanya, beberapa ahli PKR juga sempat merakamkan ucapan berap-api Lukman yang berbaur hasutan.

NONE "Sudah tentu, dia ada kata yang dia mahu bakar ibu pejbat kami. Dia boleh nafikan semua itu tetapi kami ada rakamannya,” kata Saifuddin.

Timbalan Ketua Penerangan AMK Rozan Azen Mat Rasip yang juga berada di lokasi ketika kejadian itu berkata Lukman secara terangan mengugut untuk membakar ibu pejabat PKR jika parti itu terus menyertai perhimpunan pada 9 Julai ini.

"Dia juga mengugut (Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim) dan (Pengerusi Jawatankuasa Pemandu BERSIH 2.0 Datuk) S Ambiga tentang perhimpunan itu," katanya sambil menambah kira-kira 50 ahli AMK memantau kejadian malam semalam itu.

NONE Katanya, berdasarkan maklumat tang diperolehi dari blog pro-Umno, kumpulan Pemuda Umno itu berkumpul di dua lokasi. Pertama di sebuah stesen minyak di Shah Alam dan kedua di tol Batu Tiga, Lebuhraya Persekutuan sebelum menunju ke ibu pejabat PKR.

Rozan membuat laporan polis pada kira-kira jam 11.40 malam selepas kumpulan berkenaan bersurai.

Katanya, beliau juga menyaksikan kira-kira 20 anggota polis yang lengkap bersenjata dalam keadaan bersiap sedia tetapi mereka tidak melakukan sebarang tangkapan.

NONE "Sebab itu kita juga tertanya-tanya,” katanya sambil meminta polis menyiasat kes itu.

Sementara itu, usaha Malaysiakini bagi menghubungi Lukman dan Arman masih belum berjaya.

[Baca berita penuh]

ADS