Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Penggunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan tangkapan beramai-ramai tidak boleh dibenarkan menghalang masyarakat sivil daripada melaksanakan hak perlembagaan mereka untuk menyertai perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai, kata ahli jawatankuasa pemandu gabungan itu, Maria Chin Abdullah.

NONE Beliau menegaskan bahawa tindakan berterusan pihak polis terhadap mereka yang ada kaitan dengan BERSIH "tidak akan menghalang perhimpunan tersebut".

"Mereka (kerajaan) boleh menggunakan langkah-langkah pencegahan, di mana mereka telah mengancam untuk menggunakannya, tetapi perhimpunan tersebut bukan mengenai individu dalam BERSIH.

"Malah, jika mereka menangkap semua (pemimpin), ini adalah panggilan rakyat untuk pembaharuan," katanya kepada pemberita hari ini.

[Baca berita penuh]

 

 

 

ADS