Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Bekas pengurus Sime Darby dibebas tanpa dilepas
Diterbitkan:  Jul 18, 2011 4:51 PM
Dikemaskini: 9:01 AM

Bekas pengurus kanan Sime Darby Engineering Sdn Bhd Mazhazmi Jamaludin dibebas tanpa dilepaskan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur Jumaat lepas terhadap tuduhan menerima rasuah RM200,000 berhubung jualan dan pembinaan kapal tunda.

    

Mengikut rekod mahkamah, Hakim Rozilah Salleh membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan pihak pendakwaan yang diwakili timbalan pendakwa raya, Anthony Kevin Morais dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

    

NONE Permohonan itu dibuat ekoran saksi utama kes itu Redzuan Goh Mohammed Karian belum dapat dikesan.

    

Mazhazmi, 37, didakwa melakukan kesalahan itu sebagai upah untuk mencadangkan MLC Shipbuilding Sdn Bhd mendapat kontrak 'Construction and Sale of one Derrick Lay Barge (Hull No MLC 12888), Constructution and Sale one (1) unit 75M (Wartsila 8000bhp) Anchor Handling Tug/Supply Vessel Hull No 75083 dan Construction and Sale of one (1) unit 75M (Wartsila 8000bhp) Anchor Handling

Tug/Supply Vessel Hull No 75084' bernilai US$134.2 juta, daripada Sime Darby.

Dia didakwa menerima wang rasuah RM200,000 bagi mengesahkan bayaran tertentu yang dilakukan syarikat pembinaan kapal bagi membina kapal tunda berkenaan.

NONE Mazhazmi, yang diwakili peguam Shamsul Sulaiman didakwa menerima wang itu daripada pemilik syarikat MLC Shipbuilding Sdn Bhd, Redzuan.

Kesalahan dilakukan di bilik mesyuarat MLC Shipbuilding, Megan Avenue 1, Blok C, 6-1 Jalan Tun Razak antara pukul 1.25 hingga 5 petang, 31 Disember 2008.

Dia dituduh mengikut Seksyen 11 (a) Akta Anti Pencegahan 1997, dan jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan didenda lima kali jumlah bayaran rasuah atau RM10,000, yang mana lebih tinggi.

    

Pada 25 April lalu, Morais telah memohon untuk satu perintah membebaskan tanpa melepaskan Mazhazmi daripada pertuduhan itu berikutan pegawai penyiasat masih tidak dapat mengesan Redzuan dan mahkamah memberi tempoh tiga bulan untuk pendakwaan mengesan saksi berkenaan.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS