Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
DAP: Tahanan PSM6 adalah kes politik
Diterbitkan:  Jul 25, 2011 9:39 AM
Dikemaskini: 8:48 AM

Isteri ahli parlimen Sungai Siput Dr D Jeyakumar yang ditahan mengikut Ordinan Darurat (EO) - R Mohana Rani - berkata hanya selepas pemerintahan negara bertukar, barulah akta zalim seperti EO dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) boleh dihapuskan.

"Hanya itu sahajalah satu-satunya jalan untuk mengakhiri EO dan dan ISA. Tendang keluar kerajaan Barisan Nasional," katanya dipetik TV Selangor pada satu ceramah di Ipoh, semalam.

jerit parliament ride for change final leg 181208 d jeyakumar Jeyakumar ( kanan ) bersama lima yang lain ditahan mengikut EO selepas dibebaskan pada 2 Julai lalu.

Keenam-enam mereka adalah sebahagian daripada 30 orang yang ditangkap di plaza tol Sungai Dua pada 25 Jun lalu ketika menaiki bas menuju ke Pulau Pinang bagi menyertai siri kempen "Udah La Tu Bersaralah".

Kempen dilancarkan pada 24 Jun, menjelang perhimpunan BERSIH 2.0 bagi menuntut pembaharuan sistem pilihan raya.

Menurut polis, berdasarkan barangan yang dirampas mereka dikatakan mempunyai kaitan dengan fahaman Parti Komunis Malaya (PKM).

Oleh itu mereka disiasat di bawah Seksyen 122 Kanun Keseksaan atas tuduhan melancarkan perang ke atas Yang di-Pertuan Agong.

NONE Namun selepas dibebaskan, mereka kemudiannya ditahan di bawah Seksyen 3(1) Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Pencegahan Jenayah) 1969 kerana dikatakan terlibat dengan pihak luar dan telah diresapi anasir subversif.

Walau bagaimanapun, peguam mereka, Edmund Bon mencabar dakwaan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz bahawa enam anggota PSM itu ditahan di bawah EO berikutan dalam 37 afidavit yang diterima bagi tujuan permohonan habeas corpus menunjukkan, mereka ditahan hanya kerana mendalangi perhimpunan BERSIH 2.0, 9 Julai lalu.

NONE Dalam pada itu, bercakap di pentas yang sama, Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata, EO merupakan satu undang-udang zalim yang begitu senang disalahgunakan oleh pihak yang berkepentingan.

Justeru itu beliau mendesak akta tersebut dimansuhkan dan enam anggota PSM dibebaskan segera.

"Ini adalah kes politik.  Dr Jeyakumar dan enam yang lain ditahan kononnya mengisytiharkan perang ke atas Agong. Adakah ia jenayah sebenar? Dr Jeyakumar dan enam yang lain mesti dibebaskan," kata Lim.

ADS