Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Enam anggota Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang ditahan mengikut Ordinan darurat selama 28 hari dan dibebaskan hari ini disambut meriah seolah-olah meraikan kepulangan wira oleh rakyat pelbagai kaum.

Semua mereka dibebaskan pada jam 5.30 petang di balai polis Jinjang.

psm eo6 release pc 290711 jeyakumar Mereka yang dibebaskan itu termasuk ahli parlimen Sungai Siput, Dr D Jeyakumar dan lima yang lain itu ialah setiausaha bahagian PSM Sungai Siput, AP Letchumanan, 49, anggota jawatankuasa pusat, Choo Chon Kai, 33, M Sukumaran 50, timbalan pengerusi PSM, M Sarasvathy, 58, dan pemimpin pemuda, R Sarat Babu, 25

Dua jam selepas dibebaskan, ratusan orang berkumpul di Dewan Perhimpunan Cina Selangor dan Kuala Lumpur (KLSCAH) di Kampung Attap Kuala Lumpur sambil melaungkan "hidup rakyat" dan "mansuhkan EO" (Ordinan Darurat) berkali-kali.

Mereka juga membawa bendera PSM dan pelbagai kain rentang menyambut kedatangan kesemua mereka.

Antara yang kelihatan ialah naib presiden PKR, Nurul Izzah Anwar; pengerusi PSM, Dr Nasir Hashim dan bengerusi BERSIH, Datuk S Ambiga.

Kumpulan itu menjadi semakin ramai apabila bergabung dengan kumpulan penyokong Teoh Beng Hock yang kebetulan mengadakan acara nyalaan lilin memperingati kematian mendiang.

psm eo6 release pc 290711 left lechu and sugu Berucap kepada para penyokong, keenam-enam mereka mengucapkan terima kasih kepada rakyat yang dianggap wira sebenar yang merintis pembebasan mereka.

"Wira sebenar adalah anda semua yang turun ke jalan raya pada 9 Julai," kata anggota jawatankuasa pusat PSM, Choo Chon Kai.

"Kami di dalam tak buat apa-apa. Yang berusaha anda semua di luar (sel)."

Sementara itu, ahli parlimen Sungai Siput, Dr D Jeyakumar pula berkata beliau diberi layanan yang baik, terutamanya daripada warden.

"Warden semua OK. Tapi masalahnya yang di atas," katanya sambil mengkritik alasan penahanan mereka yang bertukar-tukar.

psm eo6 release pc 290711 sarasvathy Beliau mendakwa pihak berkuasa berusaha untuk  mengaitkan PSM dengan komunisme yang bertujuan menggambarkannya sebagai "kumpulan jahat".

"Mereka hendak jadikan kita contoh. (Kononnya) PSM komunisme. Nak gambarkan kita kumpulan jahat," katanya.

Manakala timbalan pengerusi PSM, M Sarasvathy berkata beliau membantah ujian poligraf atau mengesan pembohongan ketika ditahan kerana beliau tidak cukup tidur.

Sambil berjenaka, beliau berkata dalam sel perempuan "banyak hantu jantan".

"Jadi saya bantah poligraf sebab saya tak cukup tidur," jelasnya.

ADS