Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pelukis logo 'ADIL' Syed Ahmad meninggal dunia
Diterbitkan:  Jul 31, 2011 8:57 AM
Dikemaskini: Aug 1, 2011 12:57 AM

Seniman Negara 1995, Datuk Syed Ahmad Syed Jamal meninggal dunia di kediamannya di Gombak di Kuala Lumpur, kira-kira 10 malam semalam.

Allahyarham berusia 82 tahun dan meninggalkan balu Datin Hamidah Mohd Noor dan dua anak lelaki.

national art laureate 1995 datuk syed ahmad syed jamal died Menurut Bernama, jenazah akan dikebumikan sebelum Zohor hari ini di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pusu, Gombak.

Syed Ahmad yang berasal dari Muar, Johor mendapat pendidikannya di Maktab Sultan Abu Bakar, Johor Baharu sebelum melanjutkan pengajian di Birmingham School of Architecture pada 1950 hingga 1951 dan Chelsea School of Art, London pada 1951 hingga 1955.

Beliau dianugerahkan Hadiah Seni Negara pada 1995, dan pelbagai hadiah lain sepanjang penglibatannya dalam seni visual.

Allayarham sangat dikenali dengan keberaniannya merakamkan peristiwa-peristiwa kemanusiaan termasuk politik negara dan dunia.

Beliau menerima pelbagai tanggapan berikutan lukisannya yang menyentuh kemerdekaan, pembangunan negara dan politik di bawah pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad, perjuangan Palestin, peristiwa politik 1998 dan tsunami pada 2004.

Beliau enggan menyertai mana-mana parti politik tetapi tidak mengelak daripada menyuarakan pandangan dan mengambil pendirian terhadap isu-isu kritikal.

national art laureate 1995 datuk syed ahmad syed jamal died Syed Ahmad ialah pelukis logo gerakan bukan kerajaan ADIL, atau Pergerakan Keadilan Sosial yang ditubuhkan sebagai respons tindakan-tindakan yang dikenakan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim, bekas timbalan perdana menteri dan pemimpin Umno.

Tindakan itu menyaksikan penyokong tegar Umno yang tidak berpuas hati dan menuntut gelaran Seniman Negara yang dianugerahkan kepadanya ditarik balik.

Allahyarham juga pernah berkhidmat sebagai Pengarah Pusat Kebudayaan, Universiti Malaya dari tahun 1979 hingga 1982 serta pensyarah di Malayan Teachers Training College, Kirkby, England dari  1958-1959.

national art laureate 1995 datuk syed ahmad syed jamal died Beliau antara tokoh yang memainkan peranan penting dalam perkembangan Balai Seni Lukis Negara dan memegang jawatan Pengarah Balai Seni Lukis Negara dari 1983 hingga  1991.

Syed Ahmad merupakan seorang pelukis yang berbakat besar dan telah menghasilkan karya seni yang penuh penghayatan untuk tatapan para pencinta seni.

ADS