Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Penduduk Bukit Koman 'tak boleh cabar' keputusan JAS

Mahkamah rayuan hari ini sebulat suara menolak permohonan penangguhan, sementara menunggu semakan kehakiman berhubung keputusan kerajaan meluluskan laporan p enilaian awal kesan alam sekitar (PEIA) di sebuah lombong emas di Raub, Pahang.

bukit koman mining lake 310107 Penduduk Kampung Bukit Koman mengemukakan permohonan itu berhubung keputusan ketua pengarah Jabatan Alam Sekitar kerana mendakwa operasi perlombongan terletak berdekatan rumah mereka.

Namun, panel Mahkamah Rayuan yang diketuai Hakim Datuk KN Segara, berpendapat hujah yang dikemukakan oleh pihak plaintif bukan alasan yang baik.

Dua hakim lain adalah Datuk Hishamuddin Mohd Yunus dan Datuk Jeffrey Tan Kok Wha.

Sehubungan itu, kata Hakim Segara, Mahkamah Rayuan tidak mempunyai sebab untuk campur tangan dengan penghakiman Mahkamah Tinggi.

Katanya lagi, terdapat perlenggahan dalam memfailkan permohonan untuk semakan kehakiman, kerana pihak plaintif telah menyedari projek berkenaan sejak 11 tahun lalu.

Justeru, katanya mahkamah bersetuju dengan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Lau Bee Lan bahawa terdapat kelewatan terlalu lama bagi penduduk di situ mengemukakan permohonan semakan kehakiman dan tidak ada sebab yang munasabah bagi mahkamah melanjutkan tempoh bagi mereka memfailkan permohonan.

Beliau berkata undang-undang mengenai permohonan semakan kehakiman mengikut Perintah 53 Peraturan 3 (6) Peraturan-peraturan Mahkamah Tinggi menetapkan bahawa ia harus difailkan dalam tempoh 40 hari dari tarikh sesuatu keputusan itu  diketahui, yang menunjukkan bahawa permohonan itu harus dibuat dengan cepat.

NONE Sejak awal tahun 2007, kira-kira 2,000 penduduk Kampung Baru Bukit Koman mempersoalkan keputusan agensi kerajaan negeri membenarkan operasi melombong emas menggunakan sianida di Bukit Koman.

Penggunaan sianida itu mula disedari melalui surat-menyurat antara Jabatan Galian Pahang, Jabatan Geosains dan SAM.

Surat-surat tersebut mendedahkan bahawa jabatan berkenaan telah memberi surat kuasa kepada pemaju – Raub Australian Gold Mining, bertarikh 21 Ogos 2006 – membenarkan penggunakan sianida untuk melombong emas.

Dianggarkan 70 peratus emas telah dilombong menggunakan proses pemisahan graviti. Untuk melombong baki emas di situ, larutan sianida digunakan yang membabitkan proses elektrolisis.

NONE Syarikat berkenaan yang merupakan anak syarikat Peninsula Gold Ltd dari London, telah diberi tugas untuk melombong emas daripada sisa pelombongan sebelumnya dan deposit oxida.

Bagiamanapun pada 1 Jun 2009, penduduk yang mendakwa mengalami masalah kesihatan daripada penggunaan sianida gagal mendapatkan kebenaran bagi semakan penghakiman untuk menghentikan projek itu.

Projek lombong emas itu bermula pada Februari 2009.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS