Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Dr Anuar Ahmad pangku jawatan NC Unisel
Diterbitkan:  Aug 5, 2011 7:05 PM
Dikemaskini: 1:13 PM

Timbalan presiden Universiti Selangor (Unisel), Prof Dr Anuar Ahmad hari ini diumumkan sebagai pemangku naib canselor universiti itu, menurut satu kenyataan daripada pejabat menteri besar Selangor.

Pelantikan berkenaan dibuat ekoran tindakan naib canselor sebelum ini, Datuk Dr Rosti Saruwono yang meletak jawatan dengan notis 24 jam berkuat kuasa 2 Ogos lalu.

Beliau didakwa bertindak demikian kerana tidak sanggup memecat tiga pegawai Unisel yang diarah meletakkan jawatan – pegawai pendaftar, Rokmaa Mat, dekan fakulti perniagaan, Profesor Khalifah Othman dan pengarah pemasaran dan komunikasi koporat, Halid Hasbullah.

Kenyataan pejabat menteri besar hari ini menyebut, Dr Anuar akan menjalankan tugas sebagai naib canselor dengan dibantu oleh jawatankuasa khas bagi melancarkan pentadbiran universiti.

"Dalam tempoh ini, jawatankuasa khas juga akan membantu Ahli Lembaga Pengarah untuk mencari mencari calon sesuai untuk dilantik Naib Canselor UNISEL yang baharu," kenyataan itu dipetik.

ADS