Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Pemegang saham utama Penerbangan Malaysia (MAS) dan syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia akan memeterai rangka kerja kerjasama komprehensif (CCF) untuk meneroka peluang sinergi   dalam pelbagai bidang di bawah sektor penerbangan.

azlan Di bawah perjanjian ini, Tune Air Sdn Bhd, pemegang saham terbesar dalam AirAsia, akan mengambil-alih 20.5 peratus saham dalam MAS.

Kazanah Nasional Berhad pula akan memiliki pegangan 10 peratus saham AirAsia dan terus menjadi pemegang saham utama dan tunggal terbesar MAS.

Semua syarikat terbabit juga akan melengkapi bidang perniagaan satu sama lain serta memanfaatkan daya saing teras masing-masing dan mengoptimumkan kecekapan untuk manfaat pengguna.

Khazanah juga dijangka akan mendapatkan pegangan 10 peratus dalam AirAsia X, bergantung kepada terma dan harga yang ditawarkan.

Bagi mengukuhkan kerjasama dan kepentingan bersama, MAS dan AirAsia mengeluarkan waran percuma kepada setiap pemegang saham antara satu sama lain.

azlan Penasihat bebas akan dilantik bagi menasihati pemegang saham minoritimengenai cadangan waran itu.

Perjanjian itu akan berkuat kuasa segera selepas pelaksanaannya dan bagi tempoh lima tahun daripada tarikh perjanjian kolaborasi dengan opsyen untuk pembaharuan lima tahun lagi.

[Berita penuh menyusul]

ADS