Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
SPR bantah BERSIH 2.0 diwakili dalam JK khas
Diterbitkan:  Aug 17, 2011 1:18 PM
Dikemaskini: 5:22 AM

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar menyarankan kepada kerajaan supaya menolak penyertaan BERSIH 2.0 dalam Jawatankuasa Khas Parlimen untuk tujuan pembaharuan terhadap sistem pilihan raya negara.

NONE Menurut laporan akhbar Berita Harian hari ini, Wan Ahmad berkata jawatankuasa berkenaan sepatutnya hanya dianggotai oleh wakil rakyat yang mewakili parti politik masing-masing .

Sehubungan itu, katanya cadangan PKR supaya NGO terutama gabungan pilihan raya bersih dan adil (BERSIH) dilibatkan dalam jawatankuasa itu tidak dapat diterima.

Ini kerana agenda utama yang dibincangkan adalah mengenai urusan pilihan raya untuk memberi kepuasan kepada parti politik yang bertanding.

"Lebih baik hanya wakil rakyat yang dipilih rakyat menganggotai jawatankuasa itu supaya tidak ada campur tangan,” katanya.

[Baca berita penuh]

ADS