BERITA

SPR dakwa kesilapan daftar pemilih hanya 0.0001%

Kuek Ser Kuang Keng

Diterbitkan
Dikemaskini 19 Ogs 2011, 6:45 pagi

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Yusof hari ini mengakui memang terdapat kesilapan dalam daftar pemilih tetapi mendakwa ia cuma mewakili hanya 0.0001 peratus daripada sejumlah 12.4 juta pengundi berdaftar.

"Meskipun jumlahnya kecil, hanya 0.0001 peratus berbanding 12.4 juta, tetapi kita masih membersihkannya setiap hari,” katanya pada sidang akhbar di ibu pejabat SPR di Putrajaya hari ini.

abdul aziz yusof spr by election bukit gantang selambau 120209 06 Abdul Aziz mengulas laporan media mengenai kesilapan yang terdapat dalam daftar pemilih termasuk pengundi yang mempunyai dua identiti, seorang pengundi yang diberikan nama 'Kg Baru' dan pengundi dengan nombor MyKad yang tidak wujud.

"Kita manusia, kita semua buat kesilapan... wartawan juga kadang-kadang buat laporan salah. Sama juga dengan kerani saya... Tolong jangan tonjolkan (kesilapan kami), ini tidak adil.”

Beliau juga membidas pihak pembangkang dan media Internet kerana memperbesar-besarkan apa yang didakwanya sebagai “kesilapan kecil”.

azlan "Harap-harap mereka yang berminat membersihkan daftar pemilih bersama kami - PAS dan satu lagi yang selalu hubungi kami - Malaysiakini , saya tidak tahu sama ada kamu (wartawan Malaysiakini ) ada di sini atau tidak - jika kamu ada perangkaannya, sila hantar kepada kami supaya kami dapat mengesahkannya. Kenapa tidak kita bersama membersihkannya (daftar pemilih)?

"Tetapi (sebaliknya) mereka laporkan di media, satu atau dua kes dan mereka memperbesar-besarkannya, menjadikan seolah-olah tiga perempat daftar pemilih itu kotor ; tetapi jumlah sebenar amat kecil,” kata Abdul Aziz.

[Baca berita penuh]

Mulai 15 Oktober 2020, Malaysiakini versi BM memperkenalkan sistem komen baru yang lebih baik.

Untuk berhubung secara telus dan bertanggungjawab dengan pengulas lain, pembaca BM kini perlu menjadi pelanggan berbayar. Anda dapat mengakses kandungan semua bahasa dan menulis komen di semua platform Malaysiakini.

Bersatu sokong media bebas.

Iklan