Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Ketua pengarang dan seorang wartawan akhbar harian bahasa Melayu - Utusan Malaysia - diberi amaran oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini kerana menerbitkan satu artikel yang menyerang kredibiliti seorang peguam dalam perbicaraan kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya.

Hakim Datuk Akhtar Tahir juga mengarahkan ahli parlimen Padang Serai N Gobalakrishnan hadir di mahkamah untuk menjelaskan komennya yang disiarkan dalam Utusan yang mengkritik peguambela Manjeet Singh Dhillon.

Hakim memberitahu ketua pengarang Utusan , Datuk Abdul Aziz Ishak dan wartawannya, Raja Syahrir Abu Bakar bahawa kenyataan dalam artikel tersebut adalah dilarang kerana kes tersebut masih berjalan.

Manjeet (kanan) membangkitkan perkara itu minggu lalu dan berkata artikel itu adalah serangan peribadi terhadapnya kerana mendakwa dia "selalu burukkan kerajaan".

Artikel itu mengulangi dua kali bahawa Manjeet adalah anggota pasukan peguam yang mewakili ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam perbicaraan kes liwat yang sedang berjalan sekarang, tetapi sebenarnya ia tidak betul.

Hakim Akhtar berkata, kenyataan-kenyataan dalam artikel ini adalah dilarang dan ada bahagian yang beliau belum pun buat keputusan

Akhtar: Adakah antara kamu berdua sedar ada larangan ini?

Abdul Aziz/Raja Syahrir: Ya

Akhtar: Jadi kenapa artikel ini diterbitkan? Adakah disengajakan?

Raja Syahrir: Saya tahu tentang larangan, tetapi saya tidak tahu yang ia (artikel) akan menjurus kepada itu (subjudis).

Akhtar: Apa yang dikatakan (dalam artikel) itu adalah tidak tepat. Kamu tidak mengikuti kes ini, jadi bagaimana kamu tahu (perincian kes)? Apa (komen berkenaan kes) yang sedang dibicarakan di mahkamah tidak boleh diterbitkan.

 

[Baca berita penuh]

ADS