Pemuda PAS mendakwa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam tempoh dua bulan telah mengeluarkan nama lebih 10,000 pengundi yang dikaitkan dengan kes 'kad pengenalan palsu'.

Pengerusi pemulihan demokrasi dan mobilisasi dewan itu Suhaizan Kaiat berkata, perkara itu dikesan setelah pihaknya rancak mengenalpasti keraguan dalam daftar pemilih.

Johor PAS Youth chief Suhaizan Kaiat press conference on clone voters front "Bukan mudah untuk sesuatu jabatan kerajaan menjejaki lebih 10,000 kes kad pengenalan palsu dalam waktu dua bulan.

"Persoalannya apakah JPN (Jabatan Pendaftaran Negara) sememangnya sudah memiliki senarai kad pengenalan palsu yang akan dimasukkan dalam daftar pemilih SPR untuk tujuan manipulasi pilihan raya?" soalnya.

Pada sidang media di pejabat PAS di Kuala Lumpur hari ini, Suhaizan turut mengedarkan senarai sepuluh nama bagi membuktikan dakwannya.

Ia melibatkan kes di Selangor, Perak dan Johor yang telah didedahkan sebelum ini.

Shubungan itu, katanya, bukti yang dibangkitkan melambangkang kecelaruan kerja dalam JPN yang memerlukan siasatan segera yang menyebabkan pilihan raya tidak dapat dilakukan dalam masa terdekat.

azlan Sementara itu, Suhaizan juga mendakwa, tiga daripada enam pengundi 'kembar' - mempunyai nama sama dan nombor kad pengenalan hampir sama - kini tidak lagi mempunyai rekod dalam sistem semakan daftar pemilih.

Pemuda PAS mendakwa, semakan mereka semalam mendapati dua pengundi Perlis dan seorang pengundi Kedah yang didedahkan media 17 Ogos lalu kini tiada lagi dalam rekod dalam talian SPR.

Sehubungan itu, Suhaizan berkata, kehilangan data Azhar Ahmad, Besah Mat Dan dan Mansor Abdullah menimbulkan persoalan besar apakah data itu juga termasuk dalam kes kad pengenalan palsu dalam pilihan raya.

Sehari selepas Malaysiakini melaporkan dakwaan enam pengundi 'kembar' itu, Sinar Harian melaporkan bahawa kesemua mereka memang wujud dan ditemui, sekali gus menafikan keraguan PAS bahawa kemungkinan terdapat pengundi tidak sah.

Lagi berita dari pengarang :
Lagi berita seperti ini :
ADS
Paling Popular
Terkini
ADS