mk-logo
Berita
Najib 'sempoi' di stesen radio popular
Diterbitkan:  Sep 20, 2011 5:24 AM
Dikemaskini: 2:52 PM

Dalam usaha merapati generasi muda, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pagi ini muncul di tiga program-program radio yang popular iaitu di MIX fm , hitz.fm dan Era bagi membuktikan bahawa beliau juga boleh menjadi ‘sempoi’.

Ahli politik berusia 58 tahun itu cuba menyerlahkan 'keremajaan' dengan memberi tumpuan pembabitannya dengan media sosial seperti Facebook dan Twitter, serta kehadirannya pada konsert SuaraKami Sabtu lalu.

NONE Beliau juga membuktikan kehebatannya dengan memenangi hadiah wang tunai RM150 hadiah apabila berjaya mengalahkan seorang pendengar wanita dalam pertandingan Battle of the Sexes , anjuran stesen radio MixFM . Pertandingan itu memerlukan peserta lelaki atau perempuan untuk menjawab soalan-soalan yang berkaitan dengan jantina lain.

Perdana menteri kemudiannya ditanya kumpulan band wanita mana yang dianggotai Belinda Carlisie dan berjaya memberikan jawapan yang tepat, iaitu ‘the Go Go’s’. Katanya, beliau memiliki kaset band rock 80-an itu pada masa mudanya.

Perdana menteri kemudiannya bermurah hati menderma hadiah kepada lawannya.

Semasa ke udara di rancangan Gotcha di stesen HitzFM , Najib membantu deejay JJ dan Ean mengejutkan penerbit mereka, The Jakeman.

Dalam panggilan yang dirakamkan sebelum ini, beliau meminta penerbit popular itu untuk memberikan slot dua jam di udara kepada anaknya Nor Ashman.

"Saya meminta anda sebagai seorang bapa ... saya mahu beliau untuk menggantikan anda ... dia juga boleh bertutur bahasa Mandarin," kata Najib.

Apabila The Jakeman bertanya kepada Najib, "Apa sebenarnya Datuk Seri mahu lakukan?," Perdana Menteri secara berseloroh berkata: "Saya mahu beliau menggantikan anda kerana saya fikir beliau mampu melakukan kerja dengan baik."

NONE Penerbit yang terkejut itu menjawab bahawa permintaan itu "agak sukar" dan dia perlu mendengar muzik adunan Ashman sebelum membuat sebarang keputusan.

Najib memulakan lawatannya ke stesen radio milik Astro dengan mengunjungi rancangan Mix Breakfast di MixFM sekitar jam 7:50 pagi. Beliau memperkatakan mengenai prestasi terkini kelab bola sepak kegemarannya, Manchester United yang beraksi di Liga Perdana Inggeris.

Santai dengan berpakaian kemeja T biru, seluar panjang hitam dan jaket biru tua, beliau berkata mentadbir sebuah negara tidak banyak beza dengan seorang ketua pegawai eksekutif sebuah syarikat, "kecuali ia lebih besar".

Najib juga mendedahkan iPhone miliknya akan mengejutkan beliau sekitar jam 6 pagi hingga 6.30 pagi.dengan lagu hits 80-an Karma Chameleon berkumandang.

Beliau juga telah ditanya pelbagai soalan, antara lain, bagaimana beliau mampu melaksanakan tugas dengan baik, kekal sihat dan cergas, menguruskan masa, media baru yang digunakannya dan muzik kegemarannya.

"Saya juga ada kalanya berasa letih tetapi saya perlu melakukan yang terbaik untuk memenuhi kepercayaan yang diberikan oleh rakyat kepada saya," katanya semasa ditanya bagaimana beliau berdepan dengan jadual kerja yang padat.

Menyatakan dirinya juga manusia biasa, Najib berkata beliau juga pada waktu-waktu tertentu memerlukan waktu senggang, misalnya  untuk menonton program kegemaran di televisyen dan bersenam.

"Selagi anda mempunyai keseimbangan dalam gaya hidup anda, dengan itu anda tidak akan menjadi terlalu tertekan," katanya kepada pendengar dan menambah beliau bersenam tiga hingga empat kali seminggu untuk kekal cergas.

Dan beliau juga mendapati bukan mudah untuknya keluar berjalan secara sendirian sejak menjadi perdana menteri Malaysia.

"Pernah sekali saya cuba keluar secara senyap-senyap tetapi seluruh Bukit Aman (ibu pejabat polis persekutuan) telah dimaklumkan. Jadi, saya terpaksa melupakan idea sebegitu," kata Perdana Menteri dan menurutnya beliau telah menasihatkan pengawal peribadinya supaya tidak terlalu tegas semasa mereka mengawal keselamatannya.

[Baca berita penuh]

Lagi berita seperti ini :
ADS
Paling Popular
Terkini
ADS