Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Rebut mayat: Mahkamah syariah tak boleh bertindak

Peguam yang lazim mengendalikan kes-kes penukaran agama berkata, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) tidak boleh mengenakan dakwaan menghina mahkamah ke atas keluarga mendiang Lawrence Selvanathan kerana merampas mayat lelaki itu.

muhamad haji burok syarie lawyers association deputy president pgsm Ini adalah kerana, menurut peguam syariah, Muhamad Burok ( kanan ), keluarga itu beragama Kristian dan oleh itu mereka tidak termasuk di bawah bidang kuasa mahkamah syariah.

"Bidang kuasa mahkamah syariah, menurut Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Sembilan) Enakmen 2003, hanya merangkumi kes-kes di mana semua pihak terbabit adalah beragama Islam.

"Ini adalah undang-undang, tetapi jika terdapat peruntukan yang membenarkannya (tindakan menghina mahkamah), sila beritahu saya," kata Muhamad ketika dihubungi.

Peguam M Kulasegaran juga bersependapat dan berkata, perlembagaan persekutuan, melalui klausa (1A) yang dimasukkan ke dalam Perkara 121, dengan jelas menyatakan bahawa Malaysia mengamalkan dua sistem undang-undang.

Menurut klausa itu, mahkamah tinggi tidak mempunyai bidang kuasa berkenaan apa-apa yang dalam jurisdiksi mahkamah syariah.

Ia juga menyatakan bahawa mahkamah syariah mempunyai bidang kuasa hanya ke atas orang yang menganut agama Islam.

dap education roundtable meeting 111006 m kulasegaran "Berdasarkan peruntukan itu, undang-undang berkenaan tidak terpakai kepada orang bukan Islam. Sepina tidak boleh dipohon dan saya berpendapat bahawa penghinaan mahkamah juga tidak terpakai," kata Kulasegaran ( kiri ).

Ini juga meliputi perintah mahkamah syariah yang diperolehi oleh JHEAINS untuk menghalang  upacara menyempurnakan jenazah Lawrence pada 22 September lalu, kata Kulasegaran, yang juga ahli parlimen DAP bagi kerusi Ipoh Barat.

Selalu lalu, pengarah JHEAINS Johani Hassan berkata pihaknya akan mengkaji untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas pihak yang menghalang jabatan itu daripada mengkebumikan jenazah berkenaan mengikut ajaran Islam.

JHEAINS mendakwa lelaki itu telah memeluk agama Islam pada 19 September lalu dan mereka  beliau mempunyai salinan sijil dan video bagi membuktikan perkara tersebut.

Lawrence, seorang pemandu lori, dilaporkan tidak sedarkan diri dalam lorinya, oleh anggota keluarga, dan disahkan mati setibanya di hospital besar Seremban pada malam 21 September lalu. Punca kematiannya tidak jelas.

[Baca berita penuh]

ADS