Kumpulan Save Malaysia Stop Lynas (SMSL) membangkitkan persoalan berhubung sokongan mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap loji nadir bumi di Gebeng, Pahang yang kini dilanda kontroversi.
SMSL mempersoalkan apa sebenarnya motif beliau mencabar
kerajaan Datuk Seri Najib Tun Razak supaya meneruskan kelulusan loji tersebut yang dibina oleh Lynas Malaysia Sdn Bhd
Dalam satu kenyataan semalam, kumpulan itu mempersoalkan sama ada tindakan Dr Mahathir itu disebabkan oleh kurang kefahaman mengenai sains nuklear dan fizik, atau kerana beliau merupakan ayah kepada dua orang anak yang dikaitkan dengan projek Lynas.
Selain anak lelaki Dr Mahathir - Datuk Mukhriz - yang merupakan timbalan menteri perdagangan antarabangsa dan
industri yang meluluskan pembinaan loji Lynas itu, SMSL juga merujuk kepada laporan bahawa Kencana Petroleum - di mana anak lelaki sulong Dr Mahathir - Mokhzani - menjadi ketua pegawai eksekutif (CEO) kumpulan - mempunyai kepentingan dalam projek loji nadir bumi Lynas.
Ia adalah melalui anak syarikatnya, Tham Torsco Sdn Bhd, yang memenangi kontrak RM9.1 juta untuk mereka bentuk, memasang, membekalkan talian, keluli karbon dan tangki keluli tahan karat untuk Lynas pada 2011.
[Baca berita penuh]
