Majlis Peguam: K'tan tidak ada kuasa laksana hudud

   

Undang-undang Keseksaan terletak di bawah bidang kuasa persekutuan dan bukannya negeri, dan oleh itu undang-undang hudud tidak boleh dilaksanakan oleh mana-mana negeri, kata Majlis Peguam.

"Undang-undang, seperti yang ada, tidak membenarkan pelaksanaan hudud oleh negeri-negeri," kata presiden Majlis Peguam, Lim Chee Wee dalam satu kenyataan hari ini.

Kenyataannya itu merujuk kepada laporan bahawa negeri Kelantan telah mendapat mandat rakyat untuk melaksanakan Enakmen Jenayah Syariah II (1993).

NONE Lim (kanan) menjelaskan bahawa undang-undang yang digubal oleh negeri "tidak boleh termasuk perkara-perkara dalam kuasa perundangan kerajaan persekutuan".

Negeri, katanya, hanya boleh menggubal undang-undang yang berkaitan dengan kesalahan oleh penganut agama Islam, dan hukuman bagi kesalahan tersebut.

Kesalahan tersebut, katanya, tidak termasuk yang telahpun diperuntukkan di bawah undang-undang persekutuan dan tidak boleh ada sebarang replikasi dengan undang-undang persekutuan, dengan hukuman yang berbeza bagi umat Islam.

"Di samping itu, undang-undang ini, jika digubal, ia sendiri mesti selaras dengan kebebasan asasi yang dijamin kepada semua rakyat, termasuk orang Islam, di bawah Bahagian II perlembagaan persekutuan," kata Lim.

Menurut Lim, hudud, yang pada asanya undang-undang keseksaan, terletak di bawah bidang kuasa Parlimen persekutuan.

Lim memetik kes Che Omar Bin Che Soh lawan Pendakwaraya [1988] di mana Mahkamah Agung ketika itu, telah memutuskan bahawa undang-undang Malaysia tidak perlu mengakuri prinsip-prinsip Islam, dan dengan itu "mengesahkan bahawa Malaysia adalah sebuah negara sekular".

islam religion muslim 1 Dengan mengambil prinsip tersebut, tambahnya, jika hudud dibawa masuk ke dalam sistem keadilan jenayah, maka ia akan menyebabkan pengimportan undang-undang keseksaan Islam ke dalam undang-undang yang sekular, yang mana salah di sisi undang-undang."

Pelaksanaannya, tegas Lim, akan menyebabkan undang-

undang yang berbeza untuk orang Islam dan bukan Islam dan bertentangan dengan Artikel 8 Perlembagaan Persekutuan, yang memperuntukan kesamarataan untuk semua rakyat.

Seseorang Islam juga, katanya, akan terdedah kepada dua pendakwaan atau sabitan berasingan: satu di bawah hudud dan satu di bawah kanun keseksaan, bertentangan dengan larangan terhadap perbicaraan berulang dalam Perkara 7 (2) perlembagaan persekutuan.

[Baca berita penuh]

Malaysiakini
terkini untuk anda