Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Durian runtuh' untuk peneroka Felda sebelum penyenaraian FGVH
Diterbitkan:  Oct 7, 2011 9:33 PM
Dikemaskini: 1:34 PM

Setiap peneroka Felda akan menerima “durian runtuh” yang jumlahnya akan diumumkan sebelum penyenaraian FELDA Venture Holding (FGVH).

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan bercadang menyenaraikan FGVH sebelum pertengahan tahun 2012.

Langkah itu, tambahnya, adalah bagi menghasilkan dana untuk menjadikan FGVH sebuah syarikat berstatus konglomerat global.

"Penyenaraian FGVH akan mewujudkan sebuah lagi syarikat blue chip perladangan di samping meningkatkan minat pelabur antarabangsa terhadap Bursa Malaysia," katanya ketika membentangkan bajet 2012 di Dewan Rakyat petang ini.

"Walau apa pun, hak dan faedah peneroka akan terus dipelihara melalui pemilikan majoriti saham oleh Koperasi Permodalan FELDA.

"Apa yang mustahak, setiap peneroka akan menerima “durian runtuh” yang mana jumlahnya akan diumumkan nanti, sebelum penyenaraian dilakukan," tambahnya.

ADS