BERITA

10 artis sertai Umno

Diterbitkan
Dikemaskini 14 Okt 2011, 4:02 pagi

Seramai 10 artis hari ini menyerahkan borang keahlian menyertai Pergerakan Pemuda Umno.

Mengetuai penyerahan borang keahlian kepada Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin di pejabat Pemuda Umno di ibunegara ialah Timbalan Presiden Seniman, Rozaidi Abdul Jamil atau lebih dikenali sebagai Zed Zaidi.

Antara yang menyertai pergerakan itu ialah Rashdan Baba, Ezani Nizarif dan Haris Kool dan penyanyi Adam AF.

Zed Zaidi berkata penyertaannya dalam parti itu adalah sebagai menerima pelawaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib dalam program "Jom Masuk Umno".

Pelakon itu yakin corak kepimpinan perdana menteri akan melahirkan generasi pelapis yang dapat menyumbang kepada pembangunan negara termasuk industri hiburan.

- Bernama

Jadilah pelanggan Malaysiakini untuk menyokong media bebas menyalurkan sumber maklumat dalam negara yang boleh dipercayai. Bersama membina Malaysia yang lebih baik.

Langgan dengan hanya RM200 setahun atau RM20 sebulan.