Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Penulis blog yang dikaitkan dengan Umno dikatakan menggunakan gambar palsu bagi memfitnah anak ketua menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang hanya berusia 16 tahun meramas buah dada teman sekolahnya.

tony pua and lim kit siang press conference 191011 01 Menurut setiausaha publisiti DAP, Tony Pua ( kanan ), gambar yang digunakan oleh penulis blog berkenaan dikenalpasti sebagai Anya Sun Corke, 21, seorang warga Britain.

Gadis itu juga dikatakan tidak mempunyai kaitan dengan Pulau Pinang mahupun pernah berhubungan dengan anak Lim, kata Pua.

"(Beliau) sekarang pelajar tahun ketiga di sebuah kolej di Amerika Syarikat. Semua ini membuktikan bahawa dakwaan oleh cybertrooper Umno adalah pembohongan,” katanya.

Pua menyifatkan tindakan keji penulis blog berkenaan yang mengheret anak Lim itu sebagai “memalukan bangsa, agama dan negara” mereka dan bertujuan memusnahkan masa depan remaja itu.

"Malah, penulis blog cuba memberi kredibiliti pendustaan mereka dengan menyiarkan gambar gadis muda itu,” kata Pua merujuk blog yang turut memuat-naikkan gambar mangsa-mangsa berkenaan.

Menurut Pua, tembelang penulis blog itu berjaya dibongkar oleh pengurus IT DAP Goh Kheng Teong yang mengesan identiti gadis itu selepas gambarnya dimuat-naikkan di blog mereka.

“Tidak ada sesiapa di sekolah anak Lim yang mengenali siapa gadis itu, termasuk pengetua dan guru-guru.

“Tidak memeranjatkan kerana gadis itu tidak pernah belajar di Pulau Pinang dan bukan juga warga Malaysia,” katanya.

Corke, yang kini menuntut di Wellesley College, adalah pemain catur yang terhandal dan menjadi wanita pertama yang mewakili universitinya dalam Liga Catur Amerika Syarikat.

[Baca berita penuh]

ADS