Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Anwar: PKR tak sertai Himpunan Sejuta Umat
Diterbitkan:  Oct 19, 2011 10:02 PM
Dikemaskini: 2:07 PM

PKR tidak akan menyertai Himpunan Sejuta Umat (HIMPUN) Sabtu ini di Stadium Shah Alam, Selangor.

anwar ibrahim and pkr and people Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata keputusan itu dibuat selepas mengadakan mesyuarat semalam dan semua anggota pembangkang sebulat suara mendapati ia tidak akan memberi hasil yang positif kepada parti tersebut.

"PKR bimbang penyertaannya dalam Himpun kelak akan dipergunakan dan diperalatkan oleh pihak-pihak tertentu terutamanya daripada beberapa parti politik arus perdana," katanya pada sidang media di lobi Parlimen, hari ini.

Anwar yang juga ketua pembangkang berkata PAS turut mengikut langkah PKR dengan tidak menyertai himpunan tersebut.

PKR tidak mahu menimbulkan kegelisahan dan kecurigaan di antara agama dan kaum lain akibat penyertaannya dalam perhimpunan yang dijangka akan dihadiri seramai sejuta umat Islam di stadium tersebut, katanya.

NONE Perhimpunan yang bertemakan "Selamatkan Akidah" itu adalah anjuran bersama badan bukan kerajaan (NGO), NGO Islam, institusi pendidikan, warga korporat, kelab sukan dan riadah, persatuan seni mempertahankan diri, pasukan beruniform, kelab belia, ahli jawatankuasa masjid dan surau, tenaga guru dan beberapa badan lain.

- Bernama

ADS