Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Hak profesor lebih terhad dari siwa'
Diterbitkan:  Oct 24, 2011 7:22 PM
Dikemaskini: 11:28 AM

Penggantungan Pakar Perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari sebagai pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIA) kerana reaksinya terhadap titah Sultan Selangor terus dibantah pelbagai pihak.

Dalam kenyataan bersama empat NGO, antaranya pertubuhan pelajar dan penulis, kerajaan digesa menarik balik penggantungan itu, seterusnya memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).

universiti student auku uuca parliament protest 180808 Dakwa mereka, akta itu memberi kuasa mutlak kepada universiti dan Kementerian Pengajian Tinggi "bagi mengancam kebebasan akademik".

"Tindakan penggantungan terhadap beliau adalah tidak munasabah," kata NGO itu dalam kenyataan bersama hari ini.

NGO terlibat adalah Jawatankuasa Hak Sivil Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor, Gerakan Demokrasi Belia dan Mahasiswa(DEMA), Pakatan Penulis untuk Kebebasan Media (WAMI) dan Jawatankuasa Masyarakat Sivil Pusat Pembangunan Kebudayaan LLG.

Menurut mereka, nasib Aziz menunjukkan hak Professor lebih terhad daripada seorang mahasiswa yang dibenar bebas bersuara tentang bidang pengajiannya, selepas pindaan dua tahun lalu.

"Hal ini menunjukkan pindaan AUKU pada 2009 tiada perbezaan dengan versi sebelumnya yang zalim, masih menyekat kebebasan akademik dan semangat demokrasi," katanya.

nasrudin hassan Sementara itu, Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan ( kanan ) dengan sinis  berkata, tindakan itu menunjukkan UIA masih belum mampu menepati kualiti sebuah gedung ilmu.

"Kaedah umum persilatan ilmu di mana-mana universiti dalam dunia ini ialah hujah lawan hujah atau fakta lawan fakta, bukan hujah lawan maki hamun dan fakta lawan gantung tugas," sindirnya.

ADS