BERITA

PERKASA tak undi calon guris perasaan Melayu

Salhan K Ahmad

Diterbitkan
Dikemaskini 26 Okt 2011, 11:55 malam

Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali memberi amaran bahawa anggota pertubuhan itu tidak akan memberi sokongan kepada wakil rakyat tertentu yang dianggap sering membuat kenyataan mengguris perasaan golongan Melayu.

Katanya, PERKASA boleh berbuat demikian dengan mudah melalui kiriman SMS kepada ahlinya yang memberi arahan untuk tidak mengundi calon tertentu.

Ditanya, beliau berkata wakil rakyat yang diperhatikan itu bukan sahaja dari kalangan Pakatan Rakyat.

perkasa chief ibrahim ali 2nd agm 2 "Jadi pihak yang mahu sokongan PERKASA itu hendaklah dapat mendekati kita," katanya lagi dalam sidang media selepas menyampaikan ucaptama di perhimpunan agung pertubuhan itu di Setiawangsa hari ini.

Ibrahim ( gambar, tengah ) juga yakin PERKASA akan berjaya menjadi kuasa penentu dalam pilihan raya akan datang apabila keanggotaan pertubuhan itu dijangka mencecah 500,000 orang.

"Nanti lepas pilihan raya baru dia tahu, bila kalah 600 undi sebab orang PERKASA tidak undi.

Bagaimanapun, PERKASA sendiri tidak akan meletakkan calon untuk bertanding, malah pertubuhan itu juga tidak akan menjadi parti politik, katanya lagi.

Jadilah pelanggan Malaysiakini untuk menyokong media bebas menyalurkan sumber maklumat dalam negara yang boleh dipercayai. Bersama membina Malaysia yang lebih baik.

Langgan dengan hanya RM200 setahun atau RM20 sebulan.

Komen

Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.