mk-logo
Berita
Prestasi hambar: NFC serah Noh Omar untuk jawab
Diterbitkan:  Oct 27, 2011 3:01 AM
Dikemaskini: 5:06 AM

Pusat Feedlot Kebangsaaan (NFC), projek bernilai RM73.64 juta yang digambarkan dalam keadaan "kacau-bilau" oleh Laporan Ketua Audit Negara 2010 enggan mengulas prestasi hambarnya.

NONE Sebaliknya, menurut jurucakapnya  Wan Zurina Saaran, sebarang pertanyaan perlu diajukan kepada Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar.

"(Noh) akan jelaskan isu-isu yang dibangkitkan di Parlimen pada penggulungan bahas minggu akan datang," katanya menjawab soalan e-mel yang diajukan.

Malaysiakini

menghubungi NFC bagi meminta ulasan berhubung laporan audit yang mendapati NFC gagal memenuhi matlamat penubuhannya serta juga dakwaan yang dibuat oleh PKR bahawa projek yang dikendalikan oleh suami dan anak-anak seorang menteri kabinet.

PKR telah berkata mereka akan "mendedahkan" lebih banyak bukti bagi menyokong dakwaan itu jika menteri Umno itu dan menteri pertanian ketika itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak bertindak menjelang Isnin depan.

NONE Malaysiakini juga meminta ulasan mengenai penemuan audit bahawa badan itu kekurangan  4000 ekor lembu yang sepatutnya dibekalkan dan tindakan berkenaan menyebabkan program keusahawanan seperti yang disyaratkan oleh kerajaan tidak dapat dijalankan.

NFC juga enggan mengulas dakwaan PKR bahawa projek tersebut hanya memenuhi 0.6 peratus daripada permintaan kerajaan dan jauh ketinggalan daripada sasaran 40 peratus dalam Rancangan Malaysia Kesembilan.

Menurut Laporan Ketua Audit Negara projek itu bermasalah sehinggan memaksa syarikat Menteri Besar Negeri Sembilan Pemerbadanan mengambil semula 3,000 ekar daripada 5,000 ekar tanah yang diperuntukkan untuk projek berkenaan.

[Baca berita penuh]

Lagi berita seperti ini :
Paling Popular
Terkini