Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Bekas IGP cipta gerakan fasis gagalkan Najib'
Diterbitkan:  Oct 28, 2011 1:13 PM
Dikemaskini: 10:04 AM

Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua hari ini membidas bekas ketua polis negara Tan Sri Rahim Noor kerana didakwa mencadangkan tuntutan hak asasi manusia dengan fahaman komunisme.

suaram submarine dinner 230711 tony pua "Jika hak asasi boleh disamakan dengan komunisme, maka pastilah apa yang cuba dilakukan Rahim dalam ucapannya dalam perhimpunan agung kedua PERKASA untuk membenih dan menumbuhkan gerakan fasisme di Malaysia," kata Pua ( kanan ).

Rahim kelmarin memberi amaran berhubung kebangkitan gelombang hak asasi manusia yang dibimbanginya akan "merombak dan menghakis dasar yang dipersetujui bersama."

Katanya, Malaysia tidak dapat mengelak daripada menghadapi gelombang itu, seperti pengalamannya berdepan gelombang Marxist dan komunisme sebelumnya.

abdul rahim noor perkasa 2nd agm Dalam kenyataannya hari ini, Pua berkata ia konsisten dengan maksud fasisme yang dijelaskan oleh kamus bahasa Inggeris Oxford.

Kamus itu memberikan maknya sebagai sebagai:

"Kepercayaan dalam ketuanan satu kumpulan kebangsaan atau etnik, penghinaan terhadap demokrasi, desakan pada ketaatan kepada pemimpin yang berkuasa, dan pendekatan demagogic yang kukuh".

Dakwanya, ucapan Rahim ( kiri ) dalam perhimpunan NGO "haluan kanan" cuba menggagalkan reformasi yang sedang diusahakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Najib pada malam Hari Malaysia mengumumkan beberapa pembaharuan untuk memberikan lebih ruang kepada hak asasi, termasuk penghapusan Akta Keselamatan dalam Negeri (ISA) dan pengisytiharan darurat.

[Baca berita penuh]

ADS