Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Sukar peroleh tanah di S’gor punca SJKC lewat dibina
Diterbitkan:  Nov 1, 2011 6:27 PM
Dikemaskini: 10:30 AM

Kesukaran memperolehi tanah adalah antara punca Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) lewat dibina di Selangor, kata Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Wee Ka Siong.

NONE Wee berkata kerajaan negeri Selangor perlu bekerjasama dengan kementeriannya dalam melaksanakan pembinaan sekolah tersebut.  

"Selangor ada lapan bidang tanah Menteri Besar (Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim) kata hendak beri (bagi membina SJKC). Dua SJKC sahaja boleh dibina di dua tanah rizab diluluskan," katanya ketika menjawab soalan tambahan Teo Nie Ching (DAP-Serdang) di Dewan Rakyat hari ini.

Wee berkata kementerian itu telah menyelesaikan masalah perolehan tanah dengan membenarkan dua tapak rizab pendidikan digunakan membina dua sekolah itu iaitu SJKC Sungai Long dan SJKC Kajang Utama.  

"Berhubung dengan status permohonan SJKC Bukit Serdang, kementerian masih meneliti permohonan yang dikemukakan," katanya.  

Sementara itu, Wee dalam sidang media di lobi Parlimen berkata kerajaan negeri mempunyai hak penuh terhadap hak milik tanah di negeri masing-masing dan pembangunan sekolah akan menjadi lebih mudah untuk mendapatkan kelulusan jika isu itu dibincangkan bersama.

"Kalau ada tanah bagi saja, buat macam kerajaan negeri Johor, saya nak kata di sini Johor sangat bagus, kita baru selesai SJK (C) Kulai Dua, dana dari kerajaan bawah RMK-9 dah siap, tanah kerajaan negeri bagi, tak ada masalah...SJK (C) Yong Peng Dua, 98 peratus siap dan akan beroperasi awal tahun depan, tak ada masalah, tanah kerajaan negeri bagi.

azlan Wee berkata isu pendidikan tidak sepatutnya dipolitikkan oleh pembangkang, malahan dakwaan pembangkang bahawa kerajaan pusat tidak membantu negeri pembangkang dalam isu pendidikan adalah tidak benar.  

"Malahan, dalam dua tahun lepas, lima keping tanah telah diberikan kepada Selangor untuk membina sekolah Cina dengan nilai tanah saja lebih RM30 juta dan kami beri geran langsung," kata beliau.  

- Bernama

ADS