Pakatan Rakyat hari ini menafikan dakwaan Pendaftar Pertubuhan (ROS) bahawa gabungan itu tidak membuat permohonan baru untuk mendaftar diri mereka.

NONE Malah, kata setiausaha agung PKR, Saifuddin Nasution,pihak mereka telah menghambat jabatan berkenaan sejak Mac lalu supaya segera mendaftarkan Pakatan Rakyat.

Saifuddin berkata selepas pengerusi pro-tem Pakatan Datuk Zaid Ibrahim berpaling tadah pada November tahun lalu, jawatankuasa itu pada mesyuarat tergemparnya (EGM) telah melantik ahli jawatankuasa pusat PAS Datuk Kamaruddin Jaafar untuk memegang jawatan itu pada Mac lalu.

Saifuddin merujuk laporan akhbar New Straits Times yang memetik Ketua Pengarah ROS, Abdul Rahman Othman, bahawa Pakatan tidak berusaha mendaftarkan gabungan itu.

“Kami kesal dengan kenyataan ini kerana semasa EGM, kita telah menamakan pengerusi pro-tem yang baru... kami telah mengaturkan perjumpaan dengan timbalan pengarah ROS (bahagian pertubuhan) bagi menyerahkan permohonan dengan beberapa pindaan sepatutnya.

“Tetapi ROS enggan menerimanya, alasan mereka, permohonan lama masih menunggu keputusan berhubung permohonan yang dibuat oleh Zaid, walaupun mengikut perlembagaan PKR, Zaid bukan lagi seorang ahli,” kata Saifuddin yang juga ahli parlimen Machang

Katanya, sejak Mac, Pakatan berhubungan dengan ROS setiap tiga hingga empat minggu untuk menentukan status permohonan tetapi tidak menerima sebarang jawapan.

[Baca berita penuh]

Lagi berita dari pengarang :
Lagi berita seperti ini :
Paling Popular
Terkini