BERITA Malaysiakini

Protes halang PRU-13 jika reformasi tak dilaksana

News  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini

Malaysiakini

Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berikrar mengambil pelbagai langkah sewajarnya untuk menghalang pilihan raya umum ke-13 daripada diadakan sebelum proses pembaharuan sistem pilihan raya di negara ini dilaksanakan.

NONE “Maka tidak menolak kemungkinan kali ini rakyat turun bukan sahaja untuk melakukan protes tapi benar-benar untuk menukar regim yang sekian lama gagal menjamin hak rakyat untuk mendapatkan proses demokrasi pilihan raya yang bersih dan adil.

“Kita tidak boleh menolak kemungkinan rakyat akan bangkit untuk memastikan regim turun agar proses pilihan raya yang adil dan bersih boleh mengambil tempat dan negara ini boleh diselamatkan,” kata pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin ( kiri ) dalam satu kenyatan media.

Menurutnya, yang lebih dikenali sebagai Chegubard, pilihan raya di negara ini hanya boleh diadakan selepas proses penambah-baikan dijalankan sekiranya kerajaan BN tidak mahu berdepan dengan kuasa rakyat.

“Yakinlah rakyat sudah mula hilang kesabaran. Negara sedang berdepan dengan krisis kepercayaan proses demokrasi pilihanraya paling teruk sekarang ini.

bersih rally july 9 crowd face-off with police 1 “Jika pilihan raya umum masih berlaku sebelum proses penambahbaikan pilihan raya yang meyakinkan kami berjanji akan menggerakkan mobilisasi rakyat terbesar,” katanya.

Kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak teruk dibidas pelbagai pihak baik di dalam mahupun di luar negara berhubung cara pentadbirannya bertindak menggunakan kekerasan melampau dalam menggagalkan perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Bebas(BERSIH 2.0) pada 9 Julai lalu.

Parlimen dibubarkan November ini?

BERSIH yang menuntut pembaharuan dalam sistem pilihan raya di negara ini berjaya menarik penyertaan ribuan rakyat jelata dari segenap lapisan untuk turun di jalanan sekitar Kuala Lumpur.

Pada perhimpunan itu, tidak kurang 1,700 penunjuk perasaan telah ditangkap manakala ribuan lagi diserang dengan gas pemedih mata, tembakan meriam air berkimia dan turut dipukul oleh pihak polis.

NONE Bagi mengendurkan ketegangan dan kemarahan rakyat serta masyarakat antarabangsa, Najib akhirnya akur untuk menubuhkan Jawatankuasa khas terpilih parlimen bagi reformasi pilihan raya.

Walau bagaimanapun, para pengkritik memberi amaran bahawa ini hanya alasan untuk merdakan kemarahan orang ramai kerana Najib selaku perdana menteri boleh membubarkan Dewan Rakyat pada bila-bila masa. Malah beliau juga pernah berkata ini mungkin dilakukan sebelum jawatankuasa itu siap mengemukakan cadangan mereka.

Menurut Chegubard, berdasarkan maklumat terkini, daripada sumber-sumber dalaman yang boleh dipercayai telah mendedahkan bahawa Najib akan membubarkan parlimen dalam bulan November bagi membolehkan pilihan raya umum diadakan dalam masa terdekat.

Paling kotor

“Jika pilihanraya dipanggil dalam masa terdekat (paling tidak) sebelum menunggu jawatankuasa khas membuat keputusan maka sudah tentu satu pilihanraya paling kotor dalam sejarah sedang dijanjikan.

“Jika ini tetap dilakukan maka tidak dapat dielakkan persepsi pilihan raya kali ini hanya proses ‘palsu’ bagi menghalalkan regim terus berkuasa,” katanya.

NONE Chegubard berkata selain sistem pilihan raya yang belum diperbetulkan, pentadbiran BN dijangka cuba mengambil kesempatan daripada musim tengkujuh dan musim haji bagi kelebihan mereka.

Justeru, beliau yang juga bekas ahli jawatankuasa pusat PKR berkata SAMM bersama dengan organisasi massa yang lain memberi amaran supaya perdana menteri memastikan segala kepincangan sistem pilihan raya negara ini diperbaiki sebelum membubarkan Dewan Rakyat.

“Kami SAMM bersama dengan teman-teman organisasi massa yang lain pada hari ini mewakili rakyat keseluruhanya memberi amaran kepada perdana menteri Malaysia bahawa pilihan raya umum hanya boleh dipanggil setelah proses penambahbaikan proses pilihan raya dilakukan.

NONE “Proses penambahbaikan ini juga seharusnya satu proses ‘reformasi’ serius yang memberi jawapan kepada kelemahan-kelemahan yang sering dipergunakan oleh pihak tertentu dan bukan hanya perubahan kosmetik semata-mata,” katanya lagi.

Kekal berkuasa

Sementara itu, Harakahdaily memetik presiden Pergerakan Kebebasan Awam Malaysia (MCLM), Haris Ibrahim ( kanan ) berkata, pihaknya dan NGO lain yang bergabung dalam organisasi massa tetap bersama keseluruhan rakyat untuk melakukan perubahan.

Katanya, rakyat negara ini tidak lagi boleh menerima percubaan Umno BN untuk kekal berkuasa sehingga sanggup melakukan penipuan secara terang-terangan dalam pilihan raya.

azlan "Namun kami telah menerima maklumat yang boleh dipercayai bahawa perdana menteri akan melakukan pembubaran parlimen pada 11 November ini bagi membolehkan pilihan raya umum ke-13 diadakan pada 10 Disember ini.

"Jika benar, kita lihat ini sebagai satu langkah sekali lagi oleh Umno dan BN untuk memegang kuasa sama ada di peringkat persekutuan dan negeri melalui cara penipuan," katanya dipetik akhbar rasmi parti PAS.

Selain Chegubard, hadir pada sidang media itu, adalah Pengerusi League Unemployed Graduates, Devadas Silvaraju; Presiden Parti Rakyat Malaysia (PRM), Dr Rohana Ariffin dan Pengerusi India Justice Party (IJP), PS Jenapala.

Belanjawan 2020
  • Infografik
    Carta & Graf
  • Kuiz
    Apa anda dapat?
  • Undian
    Suka atau tidak?
  • Laporan langsung
    Laporan langsung kami