Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Idris Jala tukar pendirian, Malaysia tak akan bankrap
Diterbitkan:  Nov 10, 2011 7:43 PM
Dikemaskini: 11:49 AM

Ketua pegawai eksekutif Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (Pemandu), Datuk Seri Idris Jala berkata Malaysia tidak akan terjerumus ke kancah kebankrapan, meskipun kenyataan itu bertentangan dengan amarannya tahun lalu.

NONE Idris yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri, sebelum ini berkata bahawa Malaysia akan berakhir seperti negara-negara Eropah yang dilanda hutang jika subsidi tidak dikurangkan.

Sebaliknya,, hari ini beliau berkata, Malaysia berada di landasan yang betul untuk mencapai status ekonomi negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.

Beliau berkata usaha itu disokong oleh Program Transformasi Ekonomi pentadbiran Najib (ETP) yang menghasilkan hasil yang positif.

"Malaysia melakukan apa sahaja yang mampu dibuat untuk mengubah negara menjadi ekonomi berpendapatan tinggi.

"Menerusi program dan dasar yang diperkenalkan, saya yakin kita tidak akan jatuh muflis," katanya dipetik Bernama ketika taklimat media selepas menyampaikan ucaptama pada forum anjuran Ernst & Young mengenai "Memecah kod DNA ETP" di Kuala Lumpur.

azlan Pada 27 Mei tahun lalu, Idris berkata rakyat Malaysia mesti bersedia menghadapi pengurangan  subsidi kerajaan, atau apa yang disebut sebagai "rasionalisasi subsidi", atau negara akan menghadapi kebankrapan menjelang 2019.

"Kita tidak mahu berakhir sebagai satu lagi Greece," katanya pada hari tersebut.

Subsidi untuk petrol, makanan, elektrik, dan beberapa barangan keperluan lain membentuk sebahagian besar perbelanjaan operasi kerajaan persekutuan dan merupakan hampir lapan peratus daripada KDNK.

[Baca berita penuh]

ADS