Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Di sebalik dakwaan pembangkang bahawa produk 1Malaysia dijual pada harga lebih tinggi manakala kualitinya pula lebih rendah, kerajaan terus meningkatkan usaha memasarkan barangan berkenaan ke pasaran runcit di stesen petrol seluruh negara.

Tindakan itu, sekaligus dikatakan akan mengancam survival kedai runcit tradisional di negara ini.

Adalah difahamkan bahawa Petronas Dagangan Berhad, cabang pemasaran domestik bagi syarikat minyak dan gas negara, Petronas, telah menghantar surat pekeliling dalaman kepada semua pengendali kedai serbaneka di stesen-stesen minyaknya Kedai Mesra, supaya menyokong idea berkenaan.

NONE Pekeliling sulit itu menggalakkan operator untuk menghadiri taklimat khas pagi ini "selaras dengan aspirasi kerajaan untuk mengembangkan pengedaran produk-produk label 1Malaysia kepada rangkaian stesen-stesen minyak".

Taklimat diadakan oleh Mydin Mohamed Holdings Berhad, pengendali yang memasarkan produk 1Malaysia dan operator Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M), di ibu pejabatnya di Subang Jaya.

Semakan yang dibuat dengan ibu pejabat itu pagi ini mengesahkan taklimat berkenaan.

"Rakan Niaga (pengendali Kedai Mesra) adalah digalakkan menghadiri taklimat tersebut dan sekiranya berminat bagi menjual produk tersebut di Kedai Mesra, bolehlah mendaftar dengan pihak Mydin," petik surat pekeliling yang ditandatangani oleh Rozalli Firdaus, pengurus kanan, seksyen  pengurusan rakan perniagaan, Petronas Dagangan.

NONE Dilampirkan bersama surat pekeliling itu adalah senarai 45 produk 1Malaysia yang boleh dibekalkan kepada Kedai Mesra termasuk beras, krimer, minyak sapi, gula, sos cili, sardin, jem buah-buahan, minuman coklat malt, serbuk pencuci dan lampin.

Senarai itu juga berserta dengan harga runcit dan margin keuntungan bagi pengendali Kedai Mesra bagi setiap produk berkenaan.

Semua barangan itu adalah tertakluk kepada caj royalti kepada Petronas Dagangan sebanyak dua peratus daripada harga jualan.

KR1M diilhamkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak pada bulan Jun untuk menangani kos sara hidup yang semakin meningkat, dan memperkenalkan 250 produk 1Malaysia yang didakwanya 40 peratus lebih murah berbanding harga pasaran.

[Baca berita penuh]

ADS