BERITA

Susu formula 1Malaysia pula jadi sasaran Pua

S Pathmawathy

Diterbitkan
Dikemaskini 15 Nov 2011, 10:55 pagi

Kandungan susu formula bayi yang dijual di Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) telah melanggar batas-batas yang ditetapkan oleh Akta Peraturan-peraturan Makanan 1985, dakwa ahli parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua.

NONE Pua yang sebelum ini kerap kali membidas pengendali kedai itu, Mydin Mohamed Holdings Bhd, kali ini mendakwa ‘susu membesar’ 1Malaysia yang dijual itu mengandungi "lapan kali lebih banyak vitamin A daripada had yang dibenarkan".

“Kandungan vitamin A dalam susu itu adalah 6012 IU (unit antarabangsa) bagi setiap 100kcal atau 802 peratus di atas had maksimum yang dibenarkan," dakwanya, dengan mendasarkan perbandingan itu dengan had yang ditetapkan oleh Akta Peraturan Makanan.

Mydin, semalam telah membuat penjelasan berhubung beberapa dakwaan yang dibuat oleh Pua yang berkata produk di kedai berkenaan dijual pada harga lebih tinggi manakala kualitinya pula adalah rendah.

Pua berkata pengambilan vitamin A secara berlebihan boleh menyebabkan di ‘Hypervitaminosis A’, yang antara lain, boleh menyumbang kepada masalah hati, mengurangkan ketumpatan mineral tulang dan perubahan warna kulit.

NONE Ditanya sama ada ia boleh menyebabkan keracunan, Pua berkata: "Nampak macam itu, tetapi saya bukan doktor. Awak boleh semak dengan seorang pengamal perubatan."

Ketika membandingkan formula susu 1Malaysia 300gm dengan Nespray 1 +, keluaran Nestlé, katanya, susu 1Malaysia kekurangan "nutrien utama" seperti yang disyaratkan oleh peraturan.

Beliau juga berkata 15 nutrien utama tidak terdapat dalam formula 1Malaysia itu: Asid lemak yang diperlukan; Vitamin D; Vitamin C; Vitamin B1; Vitamin B2; Nicotinamide; Vitamin B6; Asid Folic; Asid Pantothenic; Vitamin B12; Vitamin K1; Vitamin H; Vitamin E; Iodine dan  Zink.

[Baca berita penuh]

Jadilah pelanggan Malaysiakini untuk menyokong media bebas menyalurkan sumber maklumat dalam negara yang boleh dipercayai. Bersama membina Malaysia yang lebih baik.

Langgan dengan hanya RM200 setahun atau RM20 sebulan.

Komen

Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.