BERITA

Presiden Gerakan umum tak tanding PRU-13

Aidila Razak

Diterbitkan
Dikemaskini 17 Nov 2011, 5:33 pagi

Presiden Gerakan Tan Sri Koh Tsu Koon hari ini mengumumkan bahawa beliau tidak akan bertanding pada pilihan raya umum akan datang, baik di kerusi parlimen, mahupun di peringkat negeri.

NONE Bercakap kepada wartawan di ibu pejabat parti itu di Kuala Lumpur, Koh berkata tindakan itu bagi memberi peluang kepada barisan pemimpin pelapis Gerakan menerajui parti berkenaan.

Ia juga sebahagian daripada strategi transformasi Gerakan yang dinamakan “Bergerak Bersama Rakyat’.

"Saya sendiri akan memimpin melalui teladan dan mengambil langkah pertama untuk pembaharuan.

"Saya telah memutuskan untuk tidak bertanding sebagai calon dalam mana-mana kerusi sama ada di parlimen mahupun negeri pada pilihan raya umum ke-13 nanti,” katanya.

Menurut Koh, keputusan itu dibuat tanpa paksaan dan sudah disampaikan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

NONE Koh, 62, berkata beliau akan memberi tumpuan kepada usaha merangka strategi, memperkukuh jentera parti, menentukan senarai calon dan mengatur publisiti untuk memastikan kemenangan mereka.

"Saya mahu berkempen untuk calon kami menang berbanding memberi tumpuan untuk memenangi kerusi untuk diri saya saja," katanya.

[Baca berita penuh]

Mulai 15 Oktober 2020, Malaysiakini versi BM memperkenalkan sistem komen baru yang lebih baik.

Untuk berhubung secara telus dan bertanggungjawab dengan pengulas lain, pembaca BM kini perlu menjadi pelanggan berbayar. Anda dapat mengakses kandungan semua bahasa dan menulis komen di semua platform Malaysiakini.

Bersatu sokong media bebas.