Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah berjanji akan berunding dengan semua pihak yang terbabit sebelum  Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) dipinda untuk mengembalikan hak-hak politik kepada pelajar universiti.

NONE Pendirian beliau jelas bertentangan dengan enakmen kontroversi Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011 yang dibidas oleh pembangkang dan masyarakat sivil kerana tidak membabitkan penyertaan awam yang mencukupi.

"Akan ada proses rundingan, termasuk dengan mereka yang yang bimbang bahawa pindaan itu boleh menimbulkan masalah. Rundingan akan dilakukan dengan semua pihak termasuk pelajar, belia, kumpulan profesional, parti-parti politik, kakitangan universiti dan penaja biasiswa, "kata Saifuddin ( atas, kanan ) pada sidang media petang ini, selepas menghakimi Pertandingan Akhir Pidato Piala Perdana Menteri anjuran Pemuda BN di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di mana perhimpunan agung tahunan Umno sedang diadakan.

Maklum balas daripada semua pihak yang berkepentingan, janji timbalan menteri itu, akan dikemukakan kepada kerajaan sebelum rang undang-undang itu digubal.

Rang undang-undang itu akan dibentangkan di Parlimen seawal-awalnya pada sesi pertama persidangan pada bulan Mac tahun depan, katanya.

Saifuddin, yang dilihat sebagai antara pemimpin progresif dan berfikiran terbuka dalam Umno, menegaskan bahawa kerajaan akan memastikan bahawa pindaan itu "progresif dan komprehensif" dan tidak "regresif serta menyekat". Dua tujuan utamanya:

  • Kembalikan hak politik pelajar yang termaktub dalam perlembagaan.
  • Meningkatkan penyertaan pelajar dalam proses membuat keputusan.

NONE "Ini adalah supaya ia selaras dengan transformasi politik yang dimaksudkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak," kata Saifuddin.

Beliau mencadangkan antara lain, pakar perlembagaan Prof Shad Faruqi ( kanan ) mengetuai pasukan petugas yang akan menggubal rang undang-undang itu.

Shad terbabit dalam pindaan AUKU 2009 yang masih mengharamkan pelajar dari menyertai parti politik.

[Baca berita penuh]

Sementara itu, Bernama melaporkan Saifuddin juga berkata Akta Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) 1996 serta dua akta berkaitan institusi pengajian tinggi perlu dipinda bagi menjadikan pindaan terhadap Seksyen 15 Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) lebih komprehensif.

Katanya, dua akta untuk pindaan bersama dengan AUKU ialah Akta Universiti Teknologi MARA 1976 dan Akta Institusi Pendidikan (Disiplin) 1976.

Beliau berkata, pindaan terhadap akta berkenaan perlu bagi membenarkan penuntut IPTS menyertai parti politik seperti mahasiswa di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) menerusi pindaan AUKU.

"AUKU hanya melibatkan IPTA dan tidak melibatkan IPTS. IPTS tertakluk di bawah Akta IPTS, yang memperuntukan Seksyen 40 yang hampir sama dengan Seksyen 15 AUKU. Jadi ia harus dibawa sekali, kalau tak kita tak konsisten,” katanya.

Saifuddin berkata, kementerian akan mengemukakan cadangan pindaan kepada Jemaah Menteri pada Mac tahun depan selepas proses rundingan dengan pihak-pihak berkaitan.

Menurut beliau, pindaan yang dicadangkan itu bertujuan melindungi hak penyertaan mahasiswa dalam politik dan pada masa yang sama menjaga kepentingan universiti sebagai pusat pengajian.

 

ADS