Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
DAP cabar Najib keluarkan 'sijil mati' 1Malaysia
Diterbitkan:  Dec 6, 2011 4:17 PM
Dikemaskini: 11:59 PM

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng membidas perdana menteri kerana memberi "amaran" kepada masyarakat bukan Melayu supaya tidak mencuit perasaan orang Melayu semasa ucapannya kepada anggota Persatuan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (PEKIDA), di Shah Alam, semalam.

lim guan eng press conference on bicycle lane 251111 1 Kata Lim, Datuk Seri Najib Razak perlu membuktikan dakwaan yang kononnya orang bukan Melayu hendak “mengubah apa yang sudah termaktub dalam Perlembagaan dan apa yang sudah pun kita rundingkan waktu Merdeka dahulu”.

Jika tidak, menurut beliau adalah lebih baik bagi Najib mengeluarkan “sijil kematian" untuk 1Malaysia yang diciptanya itu.

“Adakah dengan memainkan sentimen perkauman terhadap orang Melayu dan melaungkan diri sebagai pembela bangsa itu memberi hak kepada Umno untuk melibatkan diri dalam skandal RM250 juta “lembu dan kondo” melalui syarikat keluarga seorang menteri persekutuan Umno?

“Adakah dengan memberi amaran kepada orang bukan Melayu supaya tidak mencuit perasaan orang Melayu itu membolehkan skandal RM13 bilion Zon Bebas Pelabuhan Klang atau pendedahan Laporan Ketua Audit Negara 2010 tentang jabatan-jabatan kerajaan yang telah terlebih belanja sebanyak RM3.7 bilion?"

NONE Najib pada ucapannya semalam, berkata orang Melayu tidak mahu sesiapa cuba untuk merungkaikan perkara yang telah termaktub dalam Perlembagaan dan Malaysia mesti dibina berasaskan perlembagaan.

Katanya, pilihan raya akan datang milik BN kerana mereka telah berjuang membela nasib rakyat, adil dan tidak pernah menyimpang daripada prinsip agama.

Lim, yang juga setiausaha agung DAP berkata, sudaj tiba masanya, bagi memperjuangkan aspirasi semua rakyat Malaysia tanpa mengira latar bangsa atau agama mereka.

Menurut beliau DAP menolak “politik diskriminasi” Umno yang mendahulukan Melayu dan meletakkan rakyat Malaysia di tempat kedua.

“DAP juga mengecam Umno dan sekutunya kerana melayan sesiapa sahaja yang tidak bersetuju dengan ideologi perkaumannya sebagai pengkhianat dan musuh orang Melayu,” kata Lim.

NONE Menurut beliau, Umno selalu memetik Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan untuk mewajarkan agenda perkauman mereka.

“Namun demikian, Umo selalunya gagal menyebut bahawa Artikel 153 juga mempertahankan kepentingan-kepentingan sah komuniti-komuniti lain.

“Dalam erti kata lain, Perlembagaan Malaysia adalah berdasarkan konsep “Malaysia dahulu” (Malaysian First) dan bukan kemudian!” katanya.

[Baca berita penuh]

ADS