Malaysiakini BERITA

KM P Pinang berada 90 minit dalam Scorpene

Susan Loone  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini

Malaysiakini

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan dua orang timbalannya, kembali ke lapangan terbang Langkawi dengan helikopter kira-kira jam 7 petang, selepas berada selama 90 minit di dalam kapal selam Scorpene di perairan pulau peranginan itu.

lim guan eng submarine ride 091211 return 02 Selain timbalan ketua menteri Datuk Mansor Othman dan P

Ramasamy, tiga pemberita - seorang dari Bernama dan dua dari TV3 -  turut bersama Lim menaiki kapal selam itu.

Wartawan juga terkejut apabila mereka melihat blogger Zikri Mohammed, yang menulis di bawah nama 'Big Dog', tiba di lapangan terbang dengan helikopter bersama dengan Lim dan timbalannya.

Mereka disambut oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi setibanya di lapangan terbang Langkawi pada jam 6.55 petang.

lim guan eng submarine ride 091211 in submarine 04 Terdahulu, Ahmad Zahid memberitahu pemberita di lapangan terbang itu bahawa kapal selam KD Tun Razak menyelam sedalam 140 meter kira-kira 45 batu nautika di luar pantai Langkawi.

Selepas itu, katanya, beliau berharap mereka akan memberitahu yang benar tentang keadaan kapal selam tersebut.

"Hari ini saya terbuka dan saya harap isu ini tidak akan dimanipulasikan," katanya.

Zahid juga berkata keperluan untuk melindungi keselamatan negara, tidak harus dipersoalkan.

lim guan eng submarine ride 091211 return 03 Sementara itu, ketika ditanya mengenai pengalamannya, Lim tidak menyatakan sama ada beliau berpuas hati atau sebaliknya.

" Kami menghormati sumbangan tentera laut dan menghargai sumbangan mereka kepada keselamatan negara , " katanya.

Lim ditanya beberapa kali sama ada beliau berpuas hati dengan prestasi kapal selam tersebut dan apa yang akan diberitahunya kepada  pemimpin pembangkang yang lain.

Beliau hanya menjawab secara berseloroh, "Jangan tanya saya sekarang di depan Datuk Zahid, kemudianlah".

Lim berkata tiada siapa yang mempertikaikan keperluan bagi kapal selam mahupun sumbangan tentera laut demi keselamatan negara.

"Ini disokong oleh semua rakyat yang akan merasa bangga tentang sumbangan tentera laut.

"Kita tidak mempertikaikan keupayaan tentera laut tetapi kita mempunyai pandangan yang berbeza dengan kerajaan mengenai kos kapal selam," tegas beliau.

[Baca berita penuh]