Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

PAS hari ini mengemukakan dokumen polisi terbarunya berhubung Negara Berkebajikan, yang langsung tidak menyebut cadangan undang-undang hudud.

pas launch welfare state document 111211 hadi awang Walau bagaimanapun, presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata konsep yang mahu dibawa PAS itu masih mengikut panduan yang ditetapkan dalam al-Quran.

Sebaliknya, bercakap sewaktu melancarkan buku 'Negara Berkebajikan: Tawaran PAS' di Shah Alam, hari ini, Abdul Hadi berkata dokumen 10 perkara itu adalah lanjutan agenda Negara Kebajikan yang telah digunakan semasa kempen pilihan raya umum 2008 dan intipatinya telah dimasukkan ke dalam dokumen polisi Pakatan Rakyat yang dikenali sebagai Buku Jingga.

“ita perjuangkan perkara yang sama dan tak ada perbezaan di kalangan (parti komponen) Pakatan Rakyat berhubung perkara asas kedudukan bersama dalam masyarakat majmuk.

“Jika ada perkara yang berbeza, kita meraikan dan menghormati perbezaan di antara satu sama lain.

“Ini bukan sahaja menjadi amalan demokrasi, bahkan menjadi amalan ajaran Islam itu sendiri,” kata Abdul Hadi.

Menurut pemimpin PAS itu lagi negara berkekebajikan berbeza dengan negara kebajikan.

Jelasnya, kerajaan negara kebajikan menyediakan bantuan dan kemudahan, tetapi rakyat masih dibebani dengan cukai yang tinggi, bayaran tol lebuh raya dan bayaran-bayaran lain.

Sebaliknya, kata Abdul Hadi Negara Berkebajikan akan menangani keperluan-keperluan asas rakyat tanpa membebankan mereka.

“Mengikut ajaran Islam, kerajaan akan mengenakan cukai kepada orang yang mampu, yang tak mampu (kita) tidak akan mengenakan cukai.

NONE “Sebab itu Buku Jingga nak hapuskan tol. Ini konsep Islam, bukan kita main-main. Kerajaan perlu menanggungkan asasi rakyat, seperti perubatan dan lain lain,” katanya.

PAS juga memperincikan 10 agenda yang ditawarkan - menyentuh kerajaan beramanah, adil dan bersih, masyarakat penyayang, aman dan bersatu, serta ekonomi mampan, seimbang dan saksama.

Selain itu, Abdul Hadi juga menyentuh mengenai pendidikan berkualiti, perkhidmatan kesihatan yang cekap dan berkualiti, kebajikan langsung, menyeluruh dan mesra rakyat serta keluarga harmoni, bahagia dan bermoral.

Beliau turut menghuraikan mengenai belia dan pekerja produktif, kemudahan prasarana berkualiti serta pemeliharaan alam sekitar.

Buku ini juga merupakan penjelasan kepada buku pertama yang ditulisnya sendiri yang bertajuk "Konsep Asas Negara Berkebajikan" yang telah dilancar sebelum ini.

Kedua-dua buku tersebut adalah susulan daripada ucapan dasar yang dibentangkannya dalam Muktamar Tahunan PAS ke-57 Jun lalu yang bertemakan "Membangun Negara Berkebajikan".

Sementara itu, agenda 10 mata dokumen Detail PAS untuk kerajaan yang adil, bersih dan amanah, penyayang, aman dan masyarakat yang bersatupadu dan ekonomi yang mapan, yang seimbang dan saksama.

NONE Selepas pelancaran dokumen itu, Abdul Hadi memberitahu pemberita bahawa moral pemimpin negara adalah sangat penting untuk memastikan bahawa  mereka tidak mencuri kekayaan negara.

“Dalam mesej Negara Berkebajikan ini, bukan sahaja menyatakan agenda ekonomi, tapi persoalan moral pun sangat penting.

“Moral ini bukan sahaja moral muda-mudi, termasuklah moral pemimpin-pemimpin negara. Apabila moral baik, tidak boros, tidak ambil alih (harta negara dan rakyat),” katanya.

ADS